25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 21, 2021

Ahmad Bashah Angkat Sumpah MB Kedah Jam 10 Pagi Esok

menteri besar kedah-ahmad basha

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pada Rabu.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din dalam satu sidang media di Wisma Darulaman, kira-kira pukul 11.10 pagi Rabu.

Sidang media itu dibuat sejurus selepas Mukhriz selesai mengadakan sidang media mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa serta-merta.

“Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Mukhriz telah melatak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa pada 3 Februari 2016.

“Berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz, Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah memperkenan Datuk Ahmad Bashah, Adun Bakar Bata dilantik sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa 4 Februari 2016,” katanya pada sidang media.

Katanya, majlis pelantikan Menteri Kedah yang baharu akan diadakan pada 4 Februari 2016 (Khamis) pada jam 10 pagi di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Berita Berkaitan

Komen

  1. Haha. Ini soal parti UMNo. Golongan ta nak memerintah selepas golongan Muda. Tapi tolong la.. kalau suara anak muda tak didendangkan…. hilang beratus ribu undi anak muda Kedah. Hilang negeri satu hal, hilang parlimen pula. Sedarlah UMNo. Survival politik BN sekarang bukan macam zaman dulu.

  2. Lima orang yg berjaya di dunia tanpa perlu kepada ijazah dari pusat pengajian tinggi :
    1. Bill Gates – Microsoft
    2. Mark Zuckerberg – FB
    3. Steve Jobs – Apple
    4. Michael Dell – Dell Computer
    5. Dato Seri Md Bashah – Menteri Besar Kedah

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.