26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Ahmad Said Akan Saman Penulis Blog Fitnah Beliau Ditangkap Khalwat

Datuk Seri Ahmad Said

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau ditangkap khalwat.

Ahmad berkata cerita beliau ditangkap khalwat itu diketahuinya sejak tiga bulan lalu namun beliau hanya mendiamkan diri kerana menganggap ia asam garam orang politik yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ditohmah.

“Tapi apabila mengenangkan anak saya bila balik belajar, menangis depan saya mengatakan blog tulis macam-macam pasal saya, jadi saya ambil keputusan untuk saman penulis blog-blog yang telah memfitnah saya mengatakan saya kena tangkap basah dan sebagainya.

“Katanya (dalam blog) saya kena tangkap basah, kena tangkap khalwat. Macam-macam versinya, ada kena tangkap dengan pelajar ITM, ada kata pramugari, ada kata dengan budak Besut, ada kata budak Pasir Panjang, ada kata budak Batu Buruk, macam-macam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, pada Rabu.

Beliau berkata laporan polis mengenai fitnah yang tidak berasas itu juga akan dibuat dalam masa terdekat selepas berbincang dengan peguamnya.

Ahmad berkata setakat ini pihaknya telah mengesan beberapa blog yang terlibat dalam menyebarkan fitnah itu.

“Saya nak beri nasihatlah kepada mereka yang memfitnah ini supaya menghentikan, kalau tidak kita akan heret sama ke muka pengadilan…saya harap-harap, saya akan jadi jutawan selepas ni,” katanya.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan