33.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Ahmad Sarbani Mati Kerana Kemalangan -Tiada Unsur Jenayah

Mahkamah Koroner pada Isnin memutuskan bahawa kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed tiada unsur bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga.

Koroner Aizatul Akmal Maharani dalam penghakimannya berkata pihaknya bersetuju dengan pandangan pakar terutama mengenai kecederaan yang dialami Ahmad Sarbaini.

Kecederaan itu lebih membuktikan Ahmad Sarbaini terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan tanpa disengajakan dan kematian disebabkan nahas, kata koroner.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini 6 April lepas.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.

Mengenai teori arwah (Ahmad Sarbaini) mengambil nyawanya sendiri atau membunuh diri, Aizatul Akmal berkata beliau tidak percaya dengan teori bahawa arwah akan berbuat demikian kerana ketiadaan bukti berlakunya perkara itu.

“Keterangan pakar patologi forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Prof Madya Dr Faridah Mohd Noor menunjukkan arwah tidak membunuh diri berdasarkan ketiadaan tanda-tanda yang biasanya wujud dalam kes sedemikian iaitu kelar di mana-mana bahagian anggota badan atau kandungan dadah atau racun di dalam badannya,” katanya.

Aizatul Akmal yang membaca keputusan setebal 25 halaman berkata pakar perunding kanan patologi di Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Shahrom Abdul Wahid juga menolak kemungkinan bahawa arwah akan membunuh diri kerana tiada kesan luka akibat cubaan membunuh diri yang dijumpai pada tubuh Ahmad Sarbaini.

“Tiada nota bunuh diri dijumpai di tempat kejadian dan tiada kesan dadah atau alkohol pada sampel darah si mati mahupun pada air kencing atau kandungan perut si mati, dan kedua-dua pakar itu menolak kemungkinan arwah mati disebabkan apa-apa penyakit (natural disease),” katanya.

Aizatul Akmal mendapati teori bahawa arwah telah dibunuh (homisid) disangkal Dr Faridah dan Dr Shahrom dalam keterangan mereka.

“Dr Faridah berpandangan arwah tidak dibunuh berdasarkan ketiadaan sebarang kesan luka tangkis pada anggota badan si mati dan tiada kesan pergelutan berlaku di tempat kejadian.

“Dr Faridah berpendapat arwah berada dalam keadaan sedar diri kerana kecederaan yang dialami menunjukkan arwah cuba melawan kejatuhannya sebelum terhempas ke lantai di tingkat satu bangunan itu,” katanya.

Aizatul Akmal berkata Dr Shahrom juga menolak kemungkinan kematian arwah disebabkan homisid kerana hasil pemeriksaannya di tempat kejadian dan tubuh badan si mati menunjukkan tiada kesan pergelutan atau pergaduhan yang tidak berkaitan dengan kecederaan akibat jatuh.

“Dr Shahrom berpendapat sekiranya arwah dipaksa keluar dari tingkap pantri yang berada di tingkat tiga, bangunan SPRM, sudah pasti akan terdapat kecederaan akibat pergelutan atau pergaduhan dan ujian toksikologi juga adalah negatif untuk mencadangkan si mati telah diracun atau mengambil dadah,” katanya.

Aizatul Akmal berpendapat sekiranya arwah dipukul, pengsan dan kemudiannya dibuang ke luar tingkap, pastinya tiada kesan beliau cuba melawan kejatuhannya.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan