24.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

Ahmad Zahid Tegur Kalangan Pemimpin BN Yang Timbulkan Provokasi

1mdb-zahid-hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegur kalangan pemimpin parti Barisan Nasional (BN) kerana menimbulkan provokasi yang boleh menyebabkan khalayak meragui kewibawaan agensi penguatkuasaan melaksanakan tanggungjawab berhubung soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya sebarang kenyataan bersifat provokasi tidak seharusnya dijadikan sandaran untuk menggambarkan seolah-olah agensi penguatkuasaan tidak mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan penyiasatan dan melakukan pendakwaan lebih awal.

“Ketulusan saranan daripada kenyataan Majlis Raja-Raja tidak sepatutnya ditangguk dalam air keruh yang seharusnya dijernihkan agar terpancar keikhlasan untuk menyelamatkan parti dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan media yang diedar kepada wartawan Malaysia yang meliputi lawatan kerja beliau di sini Jumaat.

Katanya tindakan dendam dan memburukkan keadaan akhirnya menyumbang kepada “menang sorak kampung tergadai”.

Majlis Raja-Raja Melayu pada 6 Okt lepas bertitah meminta supaya siasatan berhubung 1MDB diselesaikan segera. Beberapa pihak termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyuarakan pandangan berkenaan titah Majlis Raja-Raja.

Ahmad Zahid berkata menjunjung kasih saranan Majlis Raja-Raja bukanlah dengan mengambil langkah provokasi untuk mengajak khalayak meragui kredibiliti agensi yang berwibawa untuk mengambil tindakan secara rasional mengikut proses perundangan.

“Sebagai pemimpin yang masih dihormati atas apa jua jawatan penting di dalam parti, seharusnya tindakan yang diambil harus memperlihatkan usaha penyatuan dalam situasi sukar yang sedang dihadapi oleh Umno, BN dan kerajaan,” kata Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno.

Katanya jika benar tersemat hasrat sesetengah pihak untuk menyelamatkan negara dan parti, tindakan berhemah hendaklah menjadi keutamaan agar ia tidak diambil kesempatan oleh yang bersuara minoriti untuk mengambil alih kerajaan secara tidak bermoral biarpun ia tidak menyalahi system perundangan.

“Selaku seorang pejuang parti Umno yang setia, saya percaya semua permasalahan pastinya mampu diatasi dengan istiqamah.

“Saya yakin Perdana Menteri dan kerajaan sedang lakukan usaha terbaik dalam memastikan program rasionalisasi yang mendapat sokongan Jemaah Menteri dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan seperti yang dipersetujui,” kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid berkata situasi sebegini pernah dialami kepimpinan terdahulu, dan atas kesatuan dokongan akhirnya permasalahan dapat didepani dengan bijaksana.

Beliau meminta pemimpin parti kerajaan di semua peringkat supaya berlapang dada dan berfikiran terbuka tanpa menanam rasa kebencian serta tidak “berkokok berdegar-degar tetapi ekor bergelumang dengan najis”.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kepercayaan hendaklah diberi kepada ketua-ketua jabatan berkaitan khasnya Pejabat Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyediakan kertas siasatan dan kertas pendakwaan mengikut kaedah perundangan yang ada.

“Sebarang tekanan atas sifat melayani sentimen dan menuding jari tidak seharusnya menyandari sebarang saranan untuk tidak melengahi langkah perundangan yang dilakukan,” katanya.

Semasa di sini, Ahmad Zahid, antara lain, menandatangani dokumen Arahan Presiden Keselamatan Negara No.6 (HSPD-6) bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry, bagi membolehkan Malaysia menyertai program pengecualian visa Amerika.


KENYATAAN MEDIA
AHMAD ZAHID HAMIDI

1.Terlebih dahulu, izinkan saya selaku Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyuarakan pandangan berkenaan titah Majlis Raja-Raja tentang isu 1MDB dan situasi negara baru-baru ini. Hak untuk menyuarakan pendapat secara bebas merupakan asas kepada sistem demokrasi yang kita raikan.

2.Namun demikian, sebarang kenyataan yang bersifat provokasi tidak seharusnya dijadikan sandaran untuk menggambarkan seolah-olah agensi penguatkuasaan tidak mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan penyiasatan dan melakukan pendakwaan segera.

3. Kepercayaan hendaklah diberikan kepada ketua-ketua jabatan berkaitan untuk melakukan penyediaan kertas siasatan dan kertas pendakwaan mengikut kaedah perundangan sediada.  Sebarang tekanan atas sifat melayani sentimen dan menuding jari tidak seharusnya menyandari sebarang saranan untuk tidak melengahi langkah perundangan yang dilakukan.

4. Harus disedari ketulusan saranan yang terhasil dari kenyataan Majlis Raja-Raja tidak sepatutnya ditangguk dalam air keruh yang seharusnya dijernihkan agar terpancar keikhlasan untuk menyelamatkan parti dan kerajaan bukan mendendami tindakan dan memburukkan keadaan yang akhirnya menyumbang kepada menang sorak kampung tergadai.

5. Jika benar tersemat hasrat sesetengah pihak untuk menyelamatkan negara dan parti, tindakan berhemah hendaklah menjadi keutamaan agar ianya tidak diambil kesempatan oleh yang bersuara minoriti untuk mengambil alih kerajaan secara tidak bermoral biarpun mungkin ianya tidak menyalahi sistem perundangan.

6. Selaku seorang pejuang parti UMNO yang setia, saya percaya semua permasalahan pastinya mampu diatasi dengan istiqamah. Saya yakin Perdana Menteri dan kerajaan sedang lakukan terbaik dalam memastikan program rasionalisasi yang mendapat sokongan Jemaah Menteri dapat diselesaikan dalam tempoh enam (6) bulan seperti yang dipersetujui.

7. Menjunjung kasih saranan Majlis Raja-Raja bukanlah dengan mengambil langkah provokasi unt
uk mengajak khalayak meragui kredibiliti agensi yang berwibawa untuk mengambil tindakan secara rasional mengikut proses perundangan.

8. Sebagai pemimpin yang masih dihormati atas apa jua jawatan penting di dalam parti, seharusnya tindakan yang diambil harus memperlihatkan usaha penyatuan dalam situasi yang sukar yang sedang dihadapi oleh UMNO, BN dan kerajaan.

9. Situasi sukar sebegini pernah dihadapi dalam kepimpinan yang terdahulu, namun atas kesatuan dokongan akhirnya permasalahan dapat didepani dengan bijaksana.Saya meminta semua pihak memberikan kepercayaan kepada agensi penguatkuasaan dan perundangan untuk melaksanakan tanggungjawab tanpa mempertikaikan kemampuan mereka untuk melunaskan tugas dengan sempurna.

10. Saya menyeru rakyat, terutama pemimpin-pemimpin parti kerajaan di semua peringkat akan berlapang dada dan berfikiran terbuka tanpa menanam rasa kebencian untuk menterjemahkan hasrat berkokok berdegar-degar tetapi ekor bergelumang dengan najis.

11. Marilah kita bersama sama bersatu hati, tenaga dan matlamat dalam memastikan kestabilan negara terbela demi menjamin kemakmuran ekonomi dan keamanan negara terpelihara dalam senario ekonomi dan geopolitik dunia yang sangat mencabar hari ini. Ingin saya tegaskan,  prioriti utama kerajaan hari ini adalah dalam usaha memastikan masa depan rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia sentiasa terpelihara.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

#PRNSabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi [Video]

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...