25 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Aidilfitri Terakhir Untuk Kerajaan PAS Kelantan @NikAbdulAziz

Sudah hampir sebulan umat Islam berpuasa berlapar dahaga bagi memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga itu, kini hanya tinggal beberapa hari lagi menjelangnya 1 Syawal yang sudah tidak sabar kita semua nantikan.

Sebagaimana biasa tiap kali menjelang hariraya Aidilfitri, ramai anak Kelantan di perantauan akan bersesak-sesak pulang ke kampung halaman masing-masing dengan wajah ceria kerana berpeluang bertemu sanak saudara.

Barangkali bagi anak Kelantan yang mencari rezeki di negeri orang, ada sesetengahnya yang masih menyokong PAS belum pun menyedari bahawa inilah Aidilfitri terakhir yang dapat mereka sambut tatkala Kelantan masih lagi dikuasai PAS.

Selepas Aidilfitri 2012 ini, detik baru untuk rakyat Kelantan akan kembali bersinar sebaik sahaja visel ditiupkan menandakan bermulanya PRU 13.


Alang-alang sudah banyak kesedaran timbul di kalangan rakyatnya diikuti penghijrahan sokongan pengundi atas pagar yang semakin mendekati UMNO, disamping dukungan kuat ramai pemimpin PAS yang mahu berganding bahu membina Kelantan Baru, tidak syak lagi Aidilfitri ini amat bermakna sekali.

Lebih kurang 22 tahun Kelantan dibayangi kelemahan urus tadbir negeri gara-gara sikap tidak cakna Menteri Besarnya yang lebih banyak bercakap berbanding kerja buat, kini tibalah masanya untuk melakukan perubahan total.

Mengikut beberapa kajian, analisis dan simulasi terkini berkaitan kecenderongan para pengundi di Kelantan, kesemuanya positif meletakkan BN khususnya UMNO berada di posisi yang selesa untuk menang di 25 hingga 29 kerusi DUN.

Jumlah kerusi itu termasuk semua 7 DUN yang sedang berada dalam genggaman sekarang yang mana turut berpeluang menambah undi sokongan dan majoriti kemenangan.

Sebelum ini, kedudukan BN cuma selesa di 23 kerusi sahaja bagaimanapun beberapa perkembangan menarik akhir-akhir ini di negeri Serambi Mekah ini nampaknya telah meningkatkan lagi peluang untuk BN dalam PRU kelak.

Beberapa isu yang dekat di hati rakyat ternampak jelas semakin mengharu-birukan kepala pemimpin PAS negeri umpamanya membabitkan isu bekalan air bersih yang kerap terputus-putus di banyak kawasan termasuklah kejadian yang terbaru di KB Mall seminggu dua lepas.

Penyertaan beberapa NGO yang aktif memperjuangkan penyelesaian isu air bukan sahaja berjaya menambah kesedaran di kalangan ramai rakyat negeri ini malah kesannya kian ramai yang mula berani mempertikaikan kelemahan urus tadbir kerajaan Nik Aziz yang agak tidak efisien.


Isu royalti minyak yang sebelum ini dianggap senjata penting PAS pula semakin tumpul sebaliknya mencengkam pula leher PAS hinggakan menimbulkan desakan dalaman menuntut pemimpin kanan PAS, Husam Musa supaya lebih banyak diam untuk mengelakkan PAS teruk dihentam atas kebodohan sendiri.

Manakala isu ladang rakyat yang hingga kini masih menghantui pendudk di Selatan Kelantan pula bukan sahaja bakal menyebabkan gelombang kebangkitan rakyat menolak PAS dan Nik Aziz semakin kuat mengasak, malah tidak mustahil kekuatannya bakal melampaui rekod yang pernah dicatatkan semasa PRU 11 tahun 2004 yang menyaksikan PAS hampir mati kelemasan di negeri tersebut.

Sementelah lagi ditambah dengan bonus keaktifan bekas Naib Presiden

PAS, Dr Hasan Ali yang kerap berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang melalui roadshownya yang sentiasa menarik perhatian ramai penduduk negeri itu, kesannya kini sudahpun cukup menyebabkan ramai pemimpin PAS terpaksa mula mengira hari-hari akhir sambil mencongak wang pencen persaraan.

Gabungan semua isu tersebut ditambah dengan kajian data, analisis serta peranan beberapa faktor lain yang diketahui seringkali menentukan turun naik undi sesebuah parti di Kelantan, maka tidaklah keterlaluan untuk kita nasihatkan para penyokong PAS di perantauan yang masih menyokong PAS supaya raikanlah Aidilfitri ini dengan hati yang tenang dan tidaklah terlalu gundah gelana dalam jiwa.

Cukuplah 22 tahun PAS bermaharajalela menjahanamkan masa depan negeri ini seakan sengaja disia-siakan begitu sahaja dek kerana terlampau kemaruk mengejar komisyen balak dan laba untung hasil usaha alibaba gadai tanah negeri tapi hasilnya pula mengalir pada Cina DAP dan Cina Singapura.


Tak usahlah dicemari Aidilfitri ini dengan sendu tangis mengenangkan bakal perginya tak kembali sebuah parti yang selama lebih dua dekad diberi peluang mentadbir Kelantan ini, hanya air liur dan janji manis sahaja yang mampu ditaburi.

 

 

 

Berita Berkaitan

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan