Aiman Athirah Al Jundi Rayu Pertolongan Kit Siang Selamatkan PR - pakdin.my

Hadi-Jawab-politik-menghalal-cara

Pengarah pilihan raya Muslimat PAS, Aiman Athirah Al Jundi merayu pertolongan daripada penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR) daripada berpecah ekoran kerajaan Kelantan mahu membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Rabu ini.

Aiman Athirah mengingatkan Kit Siang bahawa UMNO di sebalik agenda pembentangan Hudud PAS Kelantan itu.

“Jelas, secara sedar semua pihak membiarkan diri masing-masing terkepung dengan permainan licik UMNO khususnya. Maka, formula paling mujarab menghadapi kelicikan UMNO ini sebenarnya ialah terus bersatu dan jangan berpecah, kerana langit UMNO tidak akan selamanya cerah! Percayalah.

“UMNO untuk menjayakan misi memusnahkan Pakatan, mereka sanggup bekerjasama dengan PAS untuk laksanakan hudud di Kelantan,”katanya dalam tulisan bertajuk “Harapan saya pada Lim bapa perpaduan” yang disiarkan Malaysiakini hari ini.

Rayuan itu dibuat kerana Aiman Athirah berpendapat masa depan PR bergantung di tangan Kit Siang.

“Sdr Lim Kit Siang sebagai pemimpin paling lama dan berpengalaman kami harapkan untuk terus menjadi pemimpin yang memperkukuhkan Pakatan dengan kebijakan dan pengalaman emas yang beliau miliki.

“Hudud di Kelantan itu sudah menjadi sejarah dan ia tidak mungkin akan dipadamkan. Itulah pendirian kami semua sejak awal. Sejarahnya telah bermula lebih kurang 20 tahun lepas.

“Pun begitu, dalam sejarah itu, tidak mustahil akan ada sejarah persefahaman yang jauh lebih hebat dan saling hormat khususnya di antara PAS dan DAP.

“Jujur saya melihat ia akan lebih manis untuk terus dikenang dan dijadikan pengajaran kepada kami semua dan generasi kita akan datang jika pemimpin hebat seperti Sdr Lim Kit Siang dan DAP seluruhnya berjaya memahami ini dengan sebaiknya.

“Ia akan menjadi fakta paling gemilang dalam usaha kita memaknai perpaduan rakyat kita yang berbilang!

“Kelicikan UMNO mesti sama-sama kita hentikan dengan kita terus bersatu dan menolak politik berpecah akibat kegagalan mengurus perbezaan.

Pada 23 Februari lalu, Aiman Athirah dilaporkan FMT mendakwa pucuk kepimpinan tertinggi PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajar ditukar kerana menjadi liabiliti terhadap PR.

“Pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemergian pemimpin agung PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) memberikan kesan besar kepada perjalanan Pakatan Rakyat terutamanya PAS.”

“TGNA adalah individu yang cukup keras mempertahankah maruah PAS daripada usaha segelintir individu yang mahukan PAS bergabung semula dengan UMNO,” kata Aiman.

Tambahnya, usaha tersebut lama wujud lebih-lebih lagi apabila Bekas Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mad Isa mengesahkan beliau diarah bertemu kepimpinan UMNO bagi memastikan usaha penggabungan berlaku.

“Pengkhianatan dalaman seperti ini perlu segera ditangani oleh kepimpinan Parti jika mahu PAS terus relevan sebagai pendokong utama gabungan Pakatan Rakyat,” katanya.

Sebagai sebuah parti yang telah lama ditubuhkan, Aiman melihat PAS bukan sekadar gagal menjadi contoh bahkan lebih malang apabila dilihat sebagai beban yang banyak menyumbang konflik dalam Pakatan.

Justeru, PAS diseru membentuk satu kepimpinan yang mampu menghasilkan idea-idea segar demi memimpin politik baharu berteraskan ilmu dan moral.

Ujar Aiman, kejatuhan Terengganu dan Kedah wajarnya dijadikan medan untuk PAS bermuhasabah secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.

“Ramai yang memuji kegemilangan PAS ketika di bawah pimpinan Almarhum Ustaz Fadhil Noor sebagai Presiden. Pada ketika itulah PAS mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi kerusi Parlimen yang paling banyak sekaligus merampas Terengganu daripada Barisan Nasional.”

“Tetapi amat mengecewakan apabila momentum kecemerlangan itu seperti gagal diteruskan oleh kepimpinan PAS pada hari ini,” jelas Aiman.

PAS dilihat sebagai parti yang bermasalah dengan rakan komponen dalam Pakatan selain konflik dalaman sesama ahli termasuk fitnah sesama ahli dan pimpinan.

Beliau juga meminta agar segala permasalahan diperbetulkan dan yakin PAS akan kembali utuh jika bersikap terbuka dan berfikir di luar kerangka konservatif.

“Perang mulut antara pimpinan PAS dan pimpinan Pakatan secara terbuka menyebabkan ia dihidu masyarakat dan boleh mendatangkan signal negatif kepada masa depan Pakatan Rakyat,” katanya.

Oleh yang demikian, Aiman berharap ahli PAS memastikan mereka diterajui kepimpinan yang mampu mengembleng seluruh kekuatan PAS bagi memastikan kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU14 nanti.

Politik Menghalal Cara – Hadi Jawab Aiman Athirah Al-Jundi (video)

Hadi-Jawab-politik-menghalal-caraPresiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab soalan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkaitan dengan politik menghalalkan cara. “…kita sudah 13 kali berpilihanraya..kalau kita melihat strategi dan taktikal, ia ada waktu-waktu musuh berada pada tahap yang paling lemah..maka waktu itu strategi dan taktikal untuk parti…

UTAMAPOLITIKAiman Athirah Al Jundi Rayu Pertolongan Kit Siang Selamatkan PR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium