Home / :: BLOG :: / Air Muka RM0.0019

Air Muka RM0.0019

Harga RON95 turun 27 sen satu liter.

Tetapi harga baru RM1.93 untuk RON95 termasuk tambahan margin keuntungan kepada pengusaha stesen minyak sebanyak 2.81 sen satu liter.

Ini bermaksud cukai tersembunyi yang kerajaan PH senyap senyap tibai sebenarnya ialah 29.81 sen satu liter – tidak jauh dari 30 sen satu liter yang saya pernah bongkar.

Di dalam kenyataan rasmi Kementerian Kewangan dua minggu yang lepas, Guan Eng menuduh saya telah “fitnah” bahawa kerajaan PH mengenakan cukai petrol sebanyak 30 sen setiap liter.

Rupanya Guan Eng betul bahawa saya telah “fitnah”. Ianya 29.81 sen satu liter dan bukan 30 sen satu liter.

Saya salah lagi.

Syukur, air muka Guan Eng tetap dijaga kerana perbezaan 0.19 sen ini.

Lain kali, jangan tuduh saya memfitnah bila mahu Senyap-Senyap Tibai cukai petrol.

Jika kita tidak membongkarkan cukai tersembunyi ini dua minggu dahulu, adakah kerajaan PH akan mengumumkan penurunan harga RON95 hari ini?

Pengumuman harga minyak hari ini juga mengesahkan bahawa kerajaan PH telah menaikkan margin keuntungan untuk pengusaha stesen petrol sebanyak 23% untuk RON95 dari 12.19 sen kepada 15 sen satu liter bermula hari ini.

Margin keuntungan untuk diesel dinaikkan 43% dari 7 sen kepada 10 sen satu liter.

Untung juga jika anda pengusaha stesen minyak.

Penjualan RON95 di Malaysia ialah sebanyak 1.1 bilion liter setiap bulan.

Ini bermaksud pengusaha stesen minyak boleh mengaut keuntungan tambahan sebanyak RM30 juta setiap bulan ataupun RM360 juta setiap tahun dengan kenaikan hari ini.

Belum lagi mengambil kira keuntungan tambahan untuk diesel.

Apapun, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol yang lebih rendah pada ketika ini walaupun telah terlambat untuk musim cuti sekolah bulan lepas.

Nota: Pengumuman harga minyak diapung setiap minggu ini dibuat hari Jumaat – bukan hari Rabu seperti kerajaan BN dahulu.

Facebook Najib Razak

(Visited 264 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

4 comments

  1. Melayu Jebat

    tq dato sri najib razak.. usaha die menybbkn LGEndtohell akur turunkan harga minyak..

  2. Bahrom Mohd Nor

    Di Paris yellow vest tuntut penurunan harga minyak.. Kita sambung di KL tuntut 1.50 ayuh

  3. Rickey Tedung Melancar

    betul bro….tepat sekali…sebab tu rakyat merindui formula rm2.60 seliter

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.