28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

AirAsia QZ850: Masalah Komputer, Kesilapan Anak Kapal Punca Terhempas (video)

JAKARTA: Pasukan penyiasat Indonesia berkata kesilapan anak kapal dan kerosakan komputer kawalan penerbangan menjadi punca pesawat AirAsia QZ8501 hilang kawalan sebelum terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember tahun lalu sehingga mengorbankan 162 nyawa.

Berdasarkan laporan yang disiarkan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC) Indonesia pada Selasa, komputer kawalan penerbangan pesawat Airbus A300-200 itu rosak berulang kali termasuk empat kali semasa penerbangan dan 23 kali dilaporkan berlaku pada tahun sebelumnya.

“Tindakan susulan anak kapal mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengawal pesawat.

“Kegagalan tersebut mengakibatkan pesawat yang terbang secara normal sebaik berlepas, memasuki keadaan pegun yang berada di luar kemampuan dan tidak boleh dikawal oleh anak kapal,” demikian menurut laporan itu.

Pesawat AirAsia QZ8501 terhempas di Laut Jawa ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

 

 

Berita Berkaitan

Anak Sultan Brunei, Putera Abdul Azim, meninggal dunia pada usia 38 tahun

BANDAR SERI BEGAWAN: Anak Sultan Brunei, Putera Haji Abdul Azim meninggal dunia pada usia...
00:01:30

[Video] Lelaki tumbuk abang bomba positif dadah

Kajang: Lelaki yang menumbuk anggota bomba ketika operasi memadamkan kebakaran kereta di Jalan Suakasih,...
00:01:30

[Video] Apa masalah kau tumbuk abang bomba?

Kajang: Niat murni anggota bomba mengelak seorang lelaki daripada cedera dengan menghalangnya daripada menghampiri...

Gelombang kedua COVID-19, Perancis isytihar darurat, kuat kuasa perintah berkurung

PARIS -- Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Rabu mengumumkan perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan