25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

AirAsia #QZ8501: Alat Pemancar Lokasi Kecemasan Ditemui

AirAsia-QZ8501-emergency-locator-transmitter

Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT) milik pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilaporkan ditemui di perairan dekat Mamuju, Sulawesi Barat, semasa operasi pencarian dilakukan di kawasan itu.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas) Mamuju, Muhammad Rizal berkata, setakat Isnin, pasukan bersama mencari dan menyelamat (SAR) menemui tujuh mayat yang dipercayai merupakan penumpang QZ8501 yang terhempas di perairan Selat Karimata, Kalimantan Tengah pada 28 Disember lalu.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Bhayangkara di Surabaya, Jawa Timur untuk pengecaman.

Muhammad berkata, selain mayat, penduduk tempatan turut menjumpai objek yang dikatakan bahagian kepada pesawat yang terhempas, termasuk kerusi, kabin pesawat, ruang dalaman yang diperbuat daripada fiber, termasuk satu kotak dengan antena yang tertera perkataan “alat pemancar lokasi kecemasan” (ELT).

“Seorang nelayan tempatan menemui ELT di perairan dekat sebuah pantai di kawasan Mamuju pada Ahad. Bagaimanapun, ELT itu mendapati tidak lagi berfungsi,” kata Muhammad.

Tambahnya, semasa operasi mencari pada Ahad, satu mayat ditemui tidak jauh dari pantai daerah Tubo Sendana di kawasan Majene, Sulawesi Barat.

Pasukan SAR mengesyaki mangsa merupakan kanak-kanak tetapi tidak dapat dipastikan berikutan keadaan nahas yang teruk dan tempoh yang lama sejak insiden berlaku.

Basarnas menghantar mayat itu ke Hospital Bhayangkara di Surabaya bagi mengesahkan sama ada mangsa merupakan penumpang QZ8501.

ELT itu dapat menunjukkan kedudukan terakhir QZ851 sebelum ia terhempas ke perairan Selat Karimata, tetapi ia tidak dapat lagi dibuat kerana keadaannya yang rosak.

Berita Berkaitan

Dua rangka mangsa letusan gunung berapi 79 Masihi ditemui

POMPEII, ITALI: Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di...

UAE kini benarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah

ABU DHABI: Pengambilan alkohol kini bukan lagi kesalahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selagi...

Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa...

Ulama tersohor Syria selamat disemadi

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...