AirAsia #QZ8501: Isyarat telefon penumpang petunjuk lokasi pesawat - pakdin.my

airasia qz8501 kawasan carian

Isyarat telefon bimbit seorang daripada penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dipercayai menjadi petunjuk lokasi pesawat berkenaan terhempas.

Ketua Polis Republik Indonesia, Jenderal Pol Sutarman, berkata penemuan itu hasil daripada usaha pasukan mencari dan menyelamat di lapangan terbang yang bekerjasama dengan pasukan teknologi maklumat untuk mencari isyarat telefon milik penumpang melalui stesen transmisi pangkalan (TBS).

Sutarman berkata, selepas mengesan isyarat satu daripada nombor telefon penumpang, pihaknya segera mengerahkan kapal untuk ke titik koordinat isyarat berkenaan.

“Saya tidak tahu adakah akan menemui isyaratnya di hujung Kalimantan,” katanya.

Selepas penemuan itu, Sutarman berkata beliau segera meminta nombor telefon milik semua penumpang pesawat berkenaan.

Belaiu berkata, terdapat kemungkinan beberapa penumpang lupa mematikan talian telefon bimbit mereka sehingga isyarat telefon berkenaan dapat dikesan oleh BTS.

“Itu adalah penemuan analisis IT kerana saya minta nombor telefon milik semua penumpang. Kerana telefon bimbit berkenaan dibawa terbang lalu dikesan oleh BTS,” katanya.

Hari ini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui tiga mayat yang dipercayai penumpang penerbangan QZ8501 yang hilang pagi kelmarin.

Tiga jenazah itu ditemui di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Ketika ini, bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di perairan Pangkalan Bun, masih belum ditemui.

UTAMADUNIAAirAsia #QZ8501: Isyarat telefon penumpang petunjuk lokasi pesawat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium