25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

AirAsia #QZ8501: Jumpa gelongsor kecemasan tidak bermaksud ia telah digunakan – Nik Huzlan

AirAsia QZ8501 Pesawat Mungkin Pecah Di Udara

Walaupun gelongsor kecemasan telah ditemui oleh pasukan pencarian pesawat AirAsia QZ8501, ini tidak bermaksud ia telah dikeluarkan untuk digunakan.
Itu pandangan bekas ketua juruterbang Malaysian Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Huzlan Hussain yang berkata gelongsor itu mungkin telah pecah dari bahagian pesawat itu, atau terapung selepas pesawat masuk angin.
“Saya rasa sebahagian besar pesawat itu masih ada integriti semasa jatuh. Mungkin hanya sayap atau ekor yang pecah,” katanya kepada Astro AWANI.
Semasa diajukan soalan tentang jasad yang ditemui berpegangan tangan, Nik Huzlan berkata teorinya adalah kapal terbang itu jatuh pada kelajuan 220km/j.
“Ini adalah kelajuan yang agak perlahan. Saya agak dari lokasi ia jatuh sehingga tersentuh di permukaan air mengambil masa dua ke tiga minit.
“Jadi mungkin ada yang sudah tahu kemungkinan pesawat itu terhempas,” katanya.
Terdahulu beberapa laporan media melaporkan terdapat beberapa jasad yang ditemui berpegangan tangan.
Hanya tujuh jasad berjaya dibawa keluar hari ini termasuk empat jasad yang dikeluarkan oleh kapal Malaysia.
Kapal Malaysia turut mengeluarkan gelongsor kecemasan yang ditemui.

airasia-qz8501-tldm-temui-mayat-gelongsor (6) airasia-qz8501-tldm-temui-mayat-gelongsor (5) airasia-qz8501-tldm-temui-mayat-gelongsor (3) airasia-qz8501-3mayat-ditemui-tldm

Berita Berkaitan

Dua rangka mangsa letusan gunung berapi 79 Masihi ditemui

POMPEII, ITALI: Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di...

UAE kini benarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah

ABU DHABI: Pengambilan alkohol kini bukan lagi kesalahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selagi...

Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa...

Ulama tersohor Syria selamat disemadi

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...