29.3 C
Kuala Lumpur
Friday, December 4, 2020

AirAsia #QZ8501: Penggera Amaran ‘Berbunyi Kuat’ Sebelum Terhempas – Penyiasat (video)

Penemuan tersebut sekaligus mengesahkan pesawat tidak melakukan pendaratan kecemasan diatas air dan mengesahkan pandangan pakar dari Malaysia Kapten Nik Huzlan

airasia-qz8501-sebelum-terhempas

Penggera amaran dalam penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 kedengaran ‘berbunyi kuat’ ketika juruterbang mencuba sedaya upaya untuk menstabilkan pesawat sebelum ia menjunam ke dalam Laut Jawa bulan lalu, kata seorang penyiasat kemalangan.

 

 

Bunyi beberapa penggera, termasuk satu yang menunjukkan pesawat itu dalam keadaan pegun, boleh didengar menerusi rakaman kotak hitam dalam kokpit pesawat Airbus A320-200 itu, kata penyiasat itu kepada AFP, meminta tidak mahu namanya disiarkan.

“Penggera amaran, kita boleh katakan, berbunyi, manakala suara latar belakang mereka (juruterbang dan pembantu juruterbang) sibuk mencuba memulihkan keadaan,” kata penyiasat itu.

Penyiasat daripada Jawatankuasa Kebangsaan Keselamatan Pengangkutan Indonesia (NTSC), menambah bahawa suara juruterbang ditenggelami oleh bunyi penggera yang kuat.

Pendedahan itu dinyatakan selepas Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan berkata pesawat itu mendongak dalam keadaan luar biasa ketika ribut dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura sebelum terjunam ke dalam laut.


“Pada minit terakhir, pesawat mendongak pada kelajuan yang luar biasa,” kata menteri itu kepada pemberita.

Pesawat QZ8501 terhempas di Laut Jawa dengan 162 penumpang dan anak kapal, dan setakat ini hanya 53 mayat dijumpai.

Ketua Jawatankuasa Tatang Kurniadi berkata laporan awal mengenai kejadian itu akan siap pada Selasa, sebulan selepas kemalangan.

Beliau berkata laporan penuh tidak akan didedahkan kepada umum, namun pihak media akan diberitahu sebahagian besar kandungannya.

 

 

 

Berita Berkaitan

Dua rangka mangsa letusan gunung berapi 79 Masihi ditemui

POMPEII, ITALI: Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di...

UAE kini benarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah

ABU DHABI: Pengambilan alkohol kini bukan lagi kesalahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selagi...

Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa...

Ulama tersohor Syria selamat disemadi

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...