33.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

AirAsia #QZ8501: Penyelam Temui Lima Mayat Terikat Di Kerusi Berhampiran Fiuslaj

airasia-qz8501-mayat-pada-bangkai-pesawat

Penyelam Indonesia pada Khamis menemui lima mayat yang masih terikat di tempat duduk masing-masing berhampiran bahagian utama pesawat AirAsia yang terhempas di Laut Jawa bulan lalu yang membawa 162 orang penumpang dan anak kapal.

58 mayat kini telah ditemui berikutan nahas penerbangan QZ8501 pada 28 Disember dalam cuaca ribut ketika ia terbang dari Surabaya ke Singapura.

“Penyelam kami menemui lima mayat terbenam dalam lumpur, berhampiran dengan fiuslaj pesawat. Mereka masih terikat di tempat duduk, ” kata Pengarah Operasi Basarnas, SB Supriyadi kepada AFP.

“Kami percaya mereka terpelanting jauh daripada fiuslaj, pada jarak 50 hingga 100 meter (160 kepada 330 kaki),” katanya.

Tiga mayat telah dibawa naik dan dibawa ke kapal perang Banda Aceh, manakala dua yang lain masih dalam proses, katanya.

Beliau menambah penyelam masih belum dapat sampai ke bahagian utama pesawat itu, yang dipercayai mengandungi sebahagian besar penumpang dan anak kapal, kerana jarak penglihatan di bawah air hanyalah dua meter.


“Tetapi memandangkan cuaca cerah dan jelas jadi kita optimis penyelam mungkin dapat sampai ke lokasi bangkai hari ini (Khamis),” kata beliau.

Bahagian badan utama Airbus A320-200 telah dikesan di dasar laut oleh kapal tentera minggu lalu tetapi arus kuat dan laut bergelora telah menghalang penyelam daripada sampai ke situ.

Kotak hitam pesawat yang mengandungi perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan ditemui minggu lepas dan penyiasat sedang menjalankan analisis.

Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan pada minggu ini berkata pesawat mendongak dengan kepantasan luar biasa cepat sebelum menjunam ke dalam laut.

Beberapa minit sebelum pesawat itu hilang dari radar, juruterbang meminta untuk meningkatkan ketinggian bagi mengelakkan ribut tetapi tidak segera diberi kebenaran.

Berita Berkaitan

Dua rangka mangsa letusan gunung berapi 79 Masihi ditemui

POMPEII, ITALI: Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di...

UAE kini benarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah

ABU DHABI: Pengambilan alkohol kini bukan lagi kesalahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selagi...

Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa...

Ulama tersohor Syria selamat disemadi

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...