AirAsia #QZ8501: Pesawat didapati tambah kelajuan lebih daripada biasa – menteri

Kongsi

airasia-qz8501-kotak-hitam-dibawa-keluar

JAKARTA : Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 didapati menambah kelajuannya lebih tinggi daripada biasa dan kemudian terhenti, kata Menteri Pengangkutan Indonesia, Ignasius Jonan, hari ini.

“Pada saat akhir, pesawat menambah kelajuan daripada kadar biasa.

“Kemudian pesawat tiba-tiba naik pada kelajuan melebihi had biasa di mana ia mampu untuk mendaki, kemudian pesawat terhenti,” katanya kepada pemberita berdasarkan data radar yang ditelitinya.

Pesawat Airbus A320-200 membawa 162 penumpang termasuk anak kapal itu terhempas 28 Disember di Laut Jawa ketika berdepan cuaca ribut yang kencang.

Sehingga hari ini, hanya 53 jasad penumpang berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat di sekitar Selat Karimata.


Kongsi