AirAsia #QZ8501: Tentera Indonesia Henti Usaha Cari Bangkai Pesawat (video) - pakdin.my

airasia-qz8501-badan-pesawat-ditemui-4

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 ditamatkan hari ini selepas 70 daripada 162 mayat mangsa telah ditemukan setakat hari ke-31 misi pencarian.

Portal tempatan Viva yang memetik laporan stesen televisyen tvOne menyebut, operasi berkenaan dihentikan selepas tiada lagi mayat ditemukan dalam fiuslaj atau badan pesawat yang masih gagal dibawa keluar dari dasar Laut Jawa.

Jelas laporan itu, pengumuman tersebut dibuat oleh Panglima Komando Armada Republik Indonesia (RI) Kawasan Barat, Laksamana Muda Widodo dari atas kapal KRI Banda Aceh di Selat Karimata.

“Operasi ini telah berlangsung lebih 30 hari dan akan dihentikan serta-merta.

“Kami memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa. Kami telah lakukan yang terbaik untuk mencari baki mayat yang hilang,” katanya.

Bagaimanapun, Pengarah Badan SAR (Basarnas) Indonesia, SB Supriyadi ketika dihubungi portal berita Suara Suarabaya, berkata, perkara tersebut masih dibincangkan oleh pihak yang terlibat dalam operasi terbabit.

Jelasnya, mengikut prosedur standard, tempoh operasi yang dijalankan hanya selama seminggu tetapi pihaknya telah menjalankan misi SAR selama 31 hari sejak pesawat Airbus A320-200 itu terhempas pada 28 Disember lalu.

“Kami masih berbincang sama ada mahu menghentikan operasi ini dengan serta-merta,” katanya.

 

 

UTAMADUNIAAirAsia #QZ8501: Tentera Indonesia Henti Usaha Cari Bangkai Pesawat (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium