Monday - July 26, 2021 @ 00:16
BERITADUNIAAirAsia #QZ8501: Terbang Perlahan Pada Ketinggian 36,300 Kaki?

AirAsia #QZ8501: Terbang Perlahan Pada Ketinggian 36,300 Kaki?

Imej terakhir pada radar Pusat Kawaan Trafik
Imej terakhir pada radar Pusat Kawaan Trafik

Pakar penerbangan berpendapat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 mungkin berdepan masalah teknikal kerana ia terbang terlalu perlahan.

Pesawat jenis Airbus A320 laluan Surabaya-Singapura terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia pada awal pagi Ahad.

Usaha pencarian pada hari kedua turut gagal menemui pesawat tersebut.

Pesawat tersebut membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

Seorang pakar penerbangan dan editor airlineratings.com, Geoffrey Thomas percaya ketika pesawat tersebut naik untuk mengelak cuaca buruk, juruterbang mungkin hilang kawalan, sama seperti apa yang berlaku kepada Air France AF447 pada 2009.

Pada Ahad, seorang perunding penerbangan Indonesia, Gerry Soejatman dalam Twitternya memuat naik gambar skrin menara kawalan udara yang menunjukkan kedudukan QZ8501.

“Gambar skrin ATC mengenai #QZ8501 bocor, ia berakhir pada 36,300 kaki dan mendaki tetapi kelajuan hanya 353 knot! Uh oh!,” tulisnya.

Sebuah pesawat Emirates yang berada pada skrin sama, terbang pada ketinggian yang sama tetapi bergerak lebih laju dengan 503 knot.

“Pesawat QZ8501 terbang terlalu perlahan, kira-kira 100 knot yang menyamai 160 kilometer sejam terlalu perlahan. Pada ketinggian itu, ia sangat berbahaya,” kata Thomas.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here