AirAsia #QZ8501: TLDM percaya kotak hitam dapat ditemui - pakdin.my

airasia-qz8501-tldm-kd-kasturi-temui-mangsa

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) percaya usaha menjejaki kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Selat Karimata, Kalimantan Tengah, dapat dipercepat susulan penemuan dua bahagian besar pesawat berkenaan, pagi tadi.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata penemuan itu nyata memudahkan usaha pasukan mencari terutama penyelam untuk menjejaki kedudukan sebenar bangkai pesawat.

“Ini satu perkembangan positif dan kita percaya usaha mendapatkan kotak hitam juga akan dapat dipercepat,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Kira-kira 50 penyelam dari Russia dan Indonesia sudah mula dikerah ke lokasi penemuan bahagian besar pesawat itu yang berada pada kedalaman 30 meter di laut.

Diminta mengulas mengenai pembabitan krunya dalam misi menyelamat di perairan Selat Karimata sejak lima hari lalu, beliau menyatakan TLDM terus komited membantu Indonesia menyempurnakan misi tugasan itu.

Katanya, jika khidmat TLDM masih diperlukan, kru awal yang dihantar bersama KD Pahang, KD Lekir dan KD Lekiu akan pulang ke tanah air pada 7 Januari ini dan tempat mereka akan diganti kru lain.

“Tapi semuanya hanya akan ditentukan oleh pihak berkuasa Indonesia (BASARNAS), jika diperlukan kita sedia menyalurkan bantuan,” katanya.

UTAMADUNIAAirAsia #QZ8501: TLDM percaya kotak hitam dapat ditemui

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium