Aisyah, tertuduh pembunuhan Kim Jong Nam dibebaskan sebagai pertukaran dengan Equaminity? - pakdin.my

Semalam Kerajaan Malaysia dan Peguam Negara telah menarik balik tuduhan membunuh ke atas warga Indonesia. Tuduhan ini ditarik balik atas permintaan Indonesia.

BACA sini: ‘Siti Aisyah bebas hasil rundingan Indonesia-Malaysia’ – Menteri
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/siti-aisyah-bebas-hasil-rundingan-indonesia-malaysia-menteri-200808

Warga Indonesia tersebut, Siti Aisyah telah dituduh bersama Doan Thi Huong, 30 tahun, dari Vietnam, membunuh Kim Jong Nam abang pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un.

Mereka dituduh membunuh dengan melumur agen saraf VX pada mukanya di lapangan terbang Kuala Lumpur pada Februari 2017, dalam tindakan gaya Perang Dingin yang mengejutkan dunia.

Pada tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan kedua-dua tertuduh membela diri setelah berpuas hati pendakwaraya telah membentangkan kes melampaui keraguan munasabah. 

Tindakan Peguam Negara menarik balik tuduhan tersebut atas permintaan kerajaan Indonesia bukan sahaja telah menghina keputusan hakim tetapi juga menimbulkan skandal yang luar biasa. 

Kes ini mendapat liputan antarabangsa kerana ia berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan membabitkan tokoh politik dunia. 

Cara Malaysia mengendalikan kes ini sangat memalukan. Mengapa kerajaan dan peguam negara perlu tunduk kepada permintaan ini? Adakah ini sebagai balasan pemberian kapal Equanimity kepada kerajaan Malaysia? 

Jokowi telah membantu Pakatan Harapan mengaut keuntungan politik, maka ini masanya Pakatan Harapan membalas budi Jokowi menjelang pemilihan Presiden Indonesia?

Tanya saja, jangan marah. Orang putih kata ‘you scratch my back and I scratch yours’.

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/equamunity

UTAMABERITAAisyah, tertuduh pembunuhan Kim Jong Nam dibebaskan sebagai pertukaran dengan Equaminity?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium