32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 27, 2021

AJK Puteri Umno Batu Pahat Maut Selepas Kereta Terbabas

Seorang Anggota Jawatankuasa Puteri UMNO Batu Pahat maut selepas kereta dipandu wanita itu terbabas dan melanggar tiang jelektrik dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru-Melaka, di Tanjung Laboh dekat Batu Pahat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata kemalangan di hadapan Masjid Jamek Tanjung Laboh itu berlaku pada kira-kira 7 pagi tadi dan menyebabkan mangsa, Sharifah Nadiah Syed Omar, 34, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Kemalangan dalam keadaan hujan lebat itu dipercayai berlaku ketika Sharifah Nadiah yang memandu kereta Perodua Kenari dalam perjalanan dari bandar Batu Pahat menuju ke Rengit, Batu Pahat.

“Sampai di tempat kejadian, iaitu di kawasan selekoh, dia dipercayai hilang kawalan terhadap kereta tersebut lalu terbabas sendiri melanggar tiang elektrik di tepi jalan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Abdul Wahib berkata Sharifah Nadiah berasal dari Kampung Parit Kangkong, Bukit Pasir, Batu Pahat dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat. Beliau berkata kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

20160915-ajk-puteri-batu-pahat-maut-kemalangan-ic-jpg

20160915-ajk-puteri-batu-pahat-maut-kemalangan-jpg

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.