Akan ada kekosongan jika Tun letak jawatan- Wan Azizah - pakdin.my

Satu kerusi di Kabinet akan kosong jika Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ianya bukan isu besar.

“Tiada kekosongan jawatan?

“Saya rasa (ada) bila Perdana Menteri mengosongkan jawatan tersebut seperti yang dijanjikan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke CyberSecurity Malaysia di sini hari ini.
BACA: Belum ada tempat untuk Anwar, tiada menteri yang mahu letak jawatan kata Mahathir
https://pakdin.my/belum-ada-tempat-untuk-anwar-tiada-menteri-yang-mahu-letak-jawatan-kata-mahathir/

Semalam, Perdana Menteri berkata, tiada ahli Kabinet yang mahu melepaskan jawatan masing-masing untuk diberikan kepada Anwar.

“Kerajaan tidak akan buat perubahan atau penambahan jumlah ahli Kabinet.

“Tidak sesiapa yang nak letak jawatan, kami tidak ada kekosongan. Kalau ada kekosongan kami akan fikiran calon-calon yang sesuai,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).- MalaysiaGazette

UTAMAPOLITIKAkan ada kekosongan jika Tun letak jawatan- Wan Azizah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium