Akaun bank cucu DS Najib berumur 10 bulan dibekukan kerajaan tomato

Akaun bank cucu DS Najib berumur 10 bulan dibekukan kerajaan tomato

Kongsi:

#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi

Akaun cucu DS Najib umur 10 bulan yang ada hanya RM100 pun dibekukan. Kerajaan tomato Mahathir semakin gila.

Kelmarin semasa anak perempuan DS Najib Razak mengeluarkan RM500k di Maybank yang lokasinya di tingkat bawah Mahkamah Jalan Duta, pihak bank memberitahu Yana, mereka juga telah mendapat arahan untuk membekukan akaunnya juga selepas selesai mengeluarkan duit untuk membayar ikat jamin bapanya DS Najib Razak.

Pihak bank juga memberitahu akaun anaknya yang baru berusia 10 bulan juga turut dibekukan walaupun didalamnya hanya ada duit raya anaknya yang berjumlah RM100.

Ramai natizen mengatakan tujuan pembekuan akaun kesemua milik anak beranak DS Najib adalah untuk menggagalkan mereka membayar wang jaminan DS Najib pada Isnin ini yang berbaki sebanyak RM500 ribu.

Jika benar, memang kejam dan tidak berhati perut langsung!

Semoga Allah melindungi dan memudahkan segala urusan DS Najib sekeluarga. Amin..

Akaun bank cucu DS Najib berumur 10 bulan dibekukan kerajaan tomato

————–
“Sejurus selepas saya membayar ikat jamin ayah saya dengan dana yang dikumpul dari rakan-rakan dan saudara mara, bank saya memberitahu bahawa ada arahan untuk membekukan akaun simpanan peribadi saya yang saya gunakan untuk membayar yuran pengajian saya dan akaun simpanan anak saya yang berusia 10 bulan yang mempunyai jumlah RM100 yang merupakan duit raya pertama pada tahun ini. Adakah kerajaan terlalu berdendam hingga ingin menghapuskan (sumber kewangan) keluarga kami? Apa kaitan akaun simpanan anak saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia baharu yang kita inginkan?”

– Yana Najib


Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

165 Replies to “Akaun bank cucu DS Najib berumur 10 bulan dibekukan kerajaan tomato

  1. KUALA LUMPUR – Sekretariat Solidariti Najib Razak hari ini melancarkan Tabung #FREENAJIB di kediaman bekas perdana menteri itu di Jalan Langgak Duta yang bertujuan mengumpulkan dana RM500,000 bagi membayar baki wang ikat jamin dikenakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
    Mane geng2 yg Dato Sri selama ni tolong. Takkan tak bleh bantu setakat RM500.000.00 je. Selama 42 thn dah menabur, melabur dan menanggung para geng2 sekalian.

  2. Ada dalang segala dalang2…

    Hak asasi manusia wajar dituntut keadilan..

    Tapi walau ada SUHAKAM mcm xberfungsi …

    Byk kes rakyat dianiaya pun NGO lain yg bantu…

    Semoga dipermudahkan segala urusan DSN,DSRM,anak2,keluarga semua..dgn pertolongan Allah.

    In sya Allah

    #JAKIM
    #UMNOONLINE
    #DRMAZA
    #FRIENDSOFPAS

  3. kalau kita tengok anak-anak Tun Dr Mahathir banyak mana harta kalau kita beku boleh tengok juga tapi mungkin kesilapan Datuk Seri Najib tak siasat keluarga mereka itu padahal tak mengapa Allah itu Maha Esa bila mereka tuduh dalam mahkamah mereka sendiri dimalukan di khalayak ramai kerana mereka tidak siap kertas siasatan ini petunjuk Allah memalukan Mereka dengan kes kes fitnah dan palsu hidup Najib

  4. Apa yg sy lihat…ini semua hanya taktik madey yg gagal!…madey membekukan akaun najib dan akaun2 org lain yg berkenaan dgn najib termasuk anak2 ye…sebanyak 408 akaun telah terlibat dibekukan akaun keseluruhan ye…setelah pembekuan akaun berjaya…madey mula kan langkah ke2 penahanan najib tanpa ikut asas yg sah….bila dibawa ke makhamah walaupun peguam raya tidak mempunyai dokumen lengkap utk dibicara…najib tetap akan ditahan dilongkap kerana tidak akan mampu membayar duit ikat jamin sebanyak 4juta…sebab semua akaun sudah dibekukan dan najib pasti ye tiada sumber nk membayar duit ikat jamin itu…dan jika ni berjaya…najib ditahan dilongkap…persepsi rakyat akan berjaya dibina yg najib ini benar2 bersalah adalah betul…last2 makan diri madey blk…dokumen kes x siap…malah duit ikat jamin dr 4juta jd 1juta…menantu najib yg kaya dan anak tiri dia reza aziz to yg top up duit ikat jamin …akhir ye sbb kesalahan peguamraya bodo madey sendiri dan kebodohan madey sendiri telah mkn diri mahafiraun sendiri hahahaha..mmg elok pon madey kena serangan jantung!…dan lagi elok mampos skali!

  5. kalau hidup nak cari salah org..mmg senang sgt bila kuasa ada dlm tangan..sifat dendam dan kotor hati masih menebal dlm diri..dengki sesama sendiri..tp igt bila roda sudah trun tang kita…lg teruk org buat kat kita..tu sebab isu balas dendam kalau boleh buanglah dari diri..krn tidak akan menyelesaikan masalah..satu masa siapa yg tahu..Allah jua maha mengetahui..

  6. Setuju sgat hujah anda. Sya juga brfikir mcm tu. Kes di lanjut kan hinga tahun depan pn sbnar nya ada muslihat d sebalik tu. Makin pnjang tmpoh pembicaraan, makin bnyak akaun yg di beku kan. Jd dsn x mampu nk bli peguam. X mustahil peguam sekarang akn cabut lari klau x di bayar. Nk mnta anak menantu bayar kan peguam pn dh x bolh ab akaun d beku kan. Last2 dsn didapati brsalah dsbb kan x mampu bela diri. Bg pemikiran sy ini lah taktik pihak sana.

  7. Kerajaan PH memperkenalkan sistem kerajaan dendam. Xmustahil 1 hari nanti bila party lain memerintah Malaysia.. Habis segala keturunan tun M kena selongkar sbb dia berketurunan biasa tp tiba2 anak2 dia boleh jd billionair..
    Tp tokjib yg berketurunan kaya raya di pertikai

  8. kite tgok jelah mcm mna permainan tun..silap aribln mkn dri sndri nnt lau mnzlimi sesama kaum n..n bru hukum dunia org rmai duk kutuk..kt sana n..hnye allah swt dn tun je yg mnjwb npa buat bgtu sesama umtnye..sbor ye nur anis faiqah..mnusia zmn skrg n lbh pnting kn duniawi dri dunia akhirat..sesama mnusia pun nk zalim..

  9. Ni lah akibatnye, dlu msa najib masih jdi pm ari2 duk ratib pm zalim,pm zalim,walhal aq rasa najib le pm yg paling banyak bantu rakyat,sekarang ratib korang allah dh makbulkn dpat PM yg btul2 zalim dlm sejarah negara,ko hadap le..

  10. Bodoh kne berjemaah ke? Sorg dua bodoh xckup mantap lg ek? Makin hari makin heran. Enjin yg dh nk bersawang ni mula nk grk balik. Lama rht xpk hal berat2..hmm terasa letih plak otak ni bila sel2 otak dipaksa berhubung dek kerana kebodohan abadi ex-pembangkang

  11. Akaun Datuk Seri Najib beserta keluarga beliau telah dibekukan.

    Harap kita dapat menunjukkan solidariti kita membantu mantan Presiden Parti UMNO yang juga Bekas Perdana Menteri Malaysia untuk membayar baki ikat jamin sebanyak RM500,000.00

    Sumbangan boleh dimasukan di dalam akaun NGO :

    Kelab Belia Berkhidmat
    CIMB Bank
    akaun no: 8601952060

    #SolidaritiNajibRazak
    #BebasNajib

    Mohon sebarkan.

  12. Terima kasih atas ingatan… Semuga DSN tabah dgn dugaan akibat tindakan yg telah beliau lakukan…semuga DSN dapat mengemukakan bukti2 yg beliau tidak bersalah krn di mahkamahlah tempat beliau utk membersihkan namanya walaupun ketika beliau berkuasa …beliau tidak mahu langsung melakukannya…

  13. Nak siasat camner…bukti pun takde..gila ker aper kalau najib ade bukti komporm dia buat kes nyer…najib sape tak kenai…tulah dulu luahan hati rakyat ko buat bodoh jer..sekarang sendiri tanggung lah..jamal jamban lari dah kena tangkap..musa aman tak dapat di kesan…pisangggg lahh nak oiiiii????

  14. KENAPA RAKYAT TOLAK NAJIB?

    Kenape perlu hormat dia?
    Ini bukan pasal hormat menghormati….
    Dia pecat org sesuka hati tanpa kira bulan puasa..dia pecat kesemua org yg tegur dia termasuk menteri..hakim..peguam..sprm & polis. Dia gantikan dgn org yg menyokong semua kesalahan yg dia dh buat..

    Dia suruh bini Tun M dtg ke balai & soal siasat berjam2..dia pecat tukang masak Tun..dia tarik balik pengiring Tun..dia tarik balik kesemua bodyguard Tun..dia buang nama Tun dlm pengajaran sejarah disekolah..dia gunakan murid2 sekolah utk tunjuk sokongan pada dia..dia juga gunakan budak2 tahfiz pegang sepanduk I LOVE PM semasa bagi sedekah & sumbangan..

    Dia telah haramkan gambar Tun diseluruh negara..dia padamkan gambar KLCC yg Tun bina..dia gajikan beribu org supaya kutuk Tun & pembangkang tiap2 hari dimedia sosial..dia tak gunakan duit dia utk bayar gaji kesemua pejuang sibernya..dia buat majlis & paksa artis sokong dia & bukan Tun..

    Dia tarik balik hak & keistimewaan yg seorang Tun berhak dpt & ini dh pun termaktub tapi dia main langgar semuanya..dia buat polis mcm anjing belaan..dia melanggar undang2 sesuka hati..dia hina keturunan Tun..dia hina keluarga Tun..dia jadikan Jamal dari bodoh sampai ke bangang hanya utk burukkan Tun..disemua majlis dia perli & kutuk Tun..

    Dia berpantun pun dia kutuk Tun..dia hina rakyat yg tak undi dia..dia suruh profesor kangkung kutuk Tun dlm majlis..dia “kepala kan bapak kau” pada Tun..dia gunakan media utk membutakan rakyat & menipu tanpa batasan..dia boleh buat apa saja tanpa seorang pun bantah kecuali puak2 pembangkang dimedia sosial..

    Dia arahkan polis kutip wanita sarat mengandung ditengah malam pasal kritik dia dalam fb..dia arahkan supaya mereka yg kritik dia disoal siasat & dihukum serta merta seolah olah komen itu lebih berat dari kes bunuh..dia buat akta berita palsu utk melindungi dia dgn denda setengah juta & penjara 10 tahun…

    Dia pegang telor hakim dimahkamah..dia buat mahkamah mcm hak mak bapak dia..dia bersihkan diri dari semua tuduhan tanpa perlu ke mahkamah..dia buat cukai GST utk bayar hutang 1MDB..dia bebankan rakyat sebab hutang itu akan habis dibayar pada thn 2039..dia hapuskan subsidi minyak & lain2 bantuan pada rakyat dgn alasan subsidi & bantuan itu satu pembaziran..

    Dia kenakan hukuman pada pelukis kartun yg sindir dia..dia nk penjarakan org hanya kerana belon..saya ulangi..belon..dia suruh orang tua taubat sebab tua itu tandanya nak mampus..dia bercakap seperti dia takkan mati dan hidup beratus tahun seperti kura kura galapagos..ini bukan pasal dendam tapi KEADILAN..

    Dia patut tahu ada rakyatnya dipenjara bertahun & berbulan kerana sardin & nutella..dia penjarakan Anwar bertahun2 kerana fitnah liwat & kalaulah kamu tahu berapa kali bulan puasa & raya beliau tak bersama keluarganya..dia kutuk Tun bila Tun berdamai dgn Anwar..dia tak faham dh byk musibat dia dah bawa pada negara..dia langsung tak faham kenapa kedua tokoh ini sanggup bermaafan demi masa depan negara..rakyat & ekonomi..dia memang patut kalah di PRU14 sebab dia dah tak faham apa yg dia dah buat itu bala..

    Dia ingat hutang negara yg byk itu tk melibatkan rakyat & menaikkan kos sara hidup & dia berhak menerima balasan diatas segalanya..dia telah melampaui batas & mencabar kesabaran org tua yg menjadikan dia PM bila mengatanya KEPALA BAPAK KAU STUPID..dia tak perlu sentap jika dia tak salah..dia kena faham apa yg polis buat dirumahnya adalah prosedur biasa..dia tak perlu dikasihani sebab sesusah susah dia pun..

    Dia ke hulu ke hilir naik Alphard Vellfire bukan Perodua Alza loan 9 tahun..dia ada lebih dari 1 rumah & ada kondominum di Pavilion..dia ada 5 rumah kalau tak silap fakta..dia kena terima itu semua proses dlm siasatan..dia pun bodo melantun lantun bila simpan terlalu byk harta karun kat dlm rumah & dia ada 9 peti besi..saya ulangi..9 peti besi..

    Dia juga menyimpan wang tunai 200 juta d dlm rumahnya siap dgn mesin kira duit .. bini dia pula ada 284 kotak handbag & ada handbag yg harganya boleh buat banglo 2 tingkat siap dgn kolam renang.. anaknya ada wang tunai 537 ribu dlm rumahnya & itu setengah juta ringgit malaysia..dia anak beranak simpan duit tunai dlm jumlah yg byk dirumah & bukan dlm bank utk elak dikesan pihak berkuasa..

    Dia punya harta yg cukup byk & jumlahnya tak masuk akal..dia tetap ada jasa pd negara semasa menjadi PM tapi malangnya jasa yg dia buat tak byk sebab musibat yg dia buat lagi byk..dia dah tinggalkan hutang yg dah mencecah 1 trillion sedangkan dizaman Tun M hutang negara kita tk pernah melebihi 300 billion..dia dah gila sebenarnya.

    Dia nak dimaafkan atau tidak itu terpulang pada kalian! Bagi Min ini 1 pengajaran buat mana2 pemimpin yg d beri amanah … Bukan Penjarakan Najib shj! Tapi pada siapa2 yg tak amanah, tamak menyalahgunaan kuasa akan senasib dgn Beliau!

  15. Fizin Aniey ada perkara kita terpaksa pejamkan sebelah mata atas faktor persahabatan zaman lalu dan lain2 walaupun ianya membuat kesalahan besar. Tp bila tunM buat mcm ni pada lawan dia hari ni.. Percayalah lepas ni habis keturunan tunM akan di selongkar sedetail2nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.