Akaun peribadi Najib tak lagi dibekukan - pakdin.my

Akaun perbankan milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak lagi dibekukan pihak berkuasa selepas mendapati ia tiada kaitan dengan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata penarikan pembekuan akaun itu dibuat sejak semalam lagi selepas mendapati ia juga tidak mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd (SRC).

“Betul, sejak semalam lagi, akaun peribadi milik Najib sudah tidak lagi dibekukan pihak berkuasa kerana siasatan mendapati, ia tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB atau SRC,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya sama ada penarikan pembekuan itu turut membabitkan akaun lain, Azam berkata, ia turut membabitkan akaun bank atas nama Nooryana dan Norashman yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Akaun atas nama Nooryana dan Norashman juga sudah tidak dibekukan. Kedua-duanya anak kepada Najib,” katanya.

Sementara itu, sumber SPRM turut mengesahkan menarik balik pembekuan beberapa akaun milik individu lain namun maklumat mengenainya tiada.

“Selain akaun Najib serta anaknya, ada beberapa lagi akaun bank yang sebelum ini disiasat SPRM, tidak lagi dibekukan. Tetapi, maklumat mengenai pemiliknya tiada” katanya.

Pembekuan akaun bank itu turut membabitkan 81 individu serta 55 syarikat dan dilakukan pada 26 dan 29 Jun lalu.

UTAMANAJIB RAZAKAkaun peribadi Najib tak lagi dibekukan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium