#AkaunNajib: ‘Bukan kepentingan peribadi’

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

dana-politik-najib

Dana untuk aktiviti parti dan program tanggungjawab sosial korporat

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan dana politik yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau bukan untuk kepentingan diri, tetapi bagi membiayai aktiviti parti dan menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) terhadap masyarakat.

Beliau berkata, usaha untuk mencari dana bagi keperluan parti dan masyarakat merupakan sebahagian daripada tugasnya sebagai Presiden UMNO dan tidak pernah dipertikai oleh mana-mana pihak sebelum ini.

Malah menurut Perdana Menteri, penerimaan dana politik merupakan amalan dalam parti sejak dahulu dan beliau hanya meneruskan perkara tersebut.

“Sewaktu menjadi Timbalan Presiden, saya tidak pernah persoal mengenai dana parti. Itu kerja Presiden. (Perkara itu) juga berlaku pada zaman Tun (Dr. Mahathir Mohamad)…saya hanya meneruskan amalan,” katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Md. Jais Sarday dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Tan Sri Mohamad Aziz.

Najib mengakui bukan tugas mudah menjadi Presiden kerana perlu berusaha keras untuk mencari dana bagi parti, namun pada masa sama memastikan tindakan tersebut tidak bertentangan dengan undang-undang.

“Ramai yang minta (kepada Presiden)…jentera tak boleh gerak sebab duit tak turun, Menteri Besar pun boleh minta daripada saya, tapi saya nak minta dengan siapa…sebab itu saya kena usaha.

“Sebab itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dah kata apa yang saya terima bukan daripada 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan bukan rasuah, tetapi untuk sumbangan kepada parti dan tanggungjawab sosial korporat…bukan untuk kepentingan saya sendiri,” katanya sambil me­nempelak parti pembangkang yang menolak cadangan untuk mengumumkan sumber dana politik seper­ti yang disarankan beliau empat tahun lalu.

Memperjelaskan tindakan meng­gugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet baru-baru ini, Najib mengakui terpaksa membuat keputusan yang amat sukar, namun sesuatu perlu dilakukan setelah mengambil kira kepentingan politik.

“Ia merupakan keputusan yang amat sukar, tetapi atas sebab tertentu sesuatu perlu dibuat atas kepentingan politik…bukan untuk guris hati orang Johor.

“Saya yakin dan percaya berdasarkan pengalaman dulu (termasuk) ketika ada Semangat 46, Johor masih positif dan membina untuk kembali kepada UMNO. Saya yakin dalam keadaan hari ini UMNO Johor akan terus memainkan peranan membina…sama-sama kita bukan sahaja berdoa tetapi berusaha,” katanya.

Najib turut mengakui Johor bukan sahaja negeri tempat kelahiran UMNO, malah kekuatan parti terbesar Melayu itu di peringkat nasional banyak bergantung kepada sokongan dari negeri ini.

“Amat penting untuk teruskan perjuangan supaya jika mahu UMNO kuat dan dihormati, maka kubu kita, iaitu UMNO Johor mesti dipertahankan,” katanya.

BACA juga:

Leave a Reply