Statistik Corona

Malaysia
2,442,224
Confirmed
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Malaysia
2,340,390
Recovered
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Malaysia
73,258
Active
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Malaysia
28,576
Deaths
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm

Malaysia

Malaysia
2,442,224
Confirmed
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Malaysia
2,340,390
Recovered
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Malaysia
28,576
Deaths
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm

Indonesia

Indonesia
4,241,090
Confirmed
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Indonesia
4,084,831
Recovered
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Indonesia
143,270
Deaths
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm

Global

All countries
245,345,217
Confirmed
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
All countries
220,698,891
Recovered
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
All countries
4,980,034
Deaths
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm

Akhbar Antarabangsa Ramal Barisan Nasional Menang

Hari ini adalah hari Rabu. Hari Rahmat Allah Buat UMNO, Rabu. Hari di mana Rakyat Akan Bersama UMNO. Empat kali Rabu lagi adalah hari yang dinanti nantikan oleh rakyat Malaysia, iaitu hari pengundian PRU14 pada hari Rabu, 9 Mei 2018.

Sebulan lagi masanya untuk rakyat Malaysia mengundi dan memilih. Namun akhbar antarabangsa sudah pun meramalkan Barisan Nasional akan terus mengekalkan kemenangan di Malaysia. Chanel News Network, CNN melaporkan pembangkang di Malaysia lemah berbanding pembangkang pada pilihanraya 2013.

Wartawan Bard Wilkinson dan Marc Lourders yang menulis dalam satu artikel bertajuk “Malaysia sets election date for May 9” menyifatkan pembangkang Malaysia terlibat dalam persengketaan dalaman yang teruk dan kerajaan Najib telah disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang kuat.
https://www.cnn.com/2018/04/10/asia/malaysia-elections-intl/index.html

Malah menurut laporan terkini Bloomberg, pelabur dilihat sukakan kestabilan politik di Malaysia dan jangkaan Datuk Seri Najib akan kekalkan pentadbiran selama lima tahun lagi menjadi faktor penarik buat pelabur asing ke Malaysia.

Dalam satu artikel tulisan Shuli Ren di Bloomberg bertajuk “Stability Rules for Investors in Malaysia” kenyataan berikut ditulis :

“But in a world of political instability, investors love continuity. And with Prime Minister Najib Razak looking set for five more years in power, they have reason to cheer”
https://www.bloomberg.com/gadfly/articles/2018-04-10/-stability-rules-wins-investor-votes-for-najib-s-malaysia

Ini membuktikan pelabur asing dan dunia perniagaan mahu meneruskan keadaan politik yang stabil dan kemakmuran perniagaan yang sedia ada sekarang di Malaysia. Mereka mahu Barisan Nasional terus kekal sebagai kerajaan di Putrajaya.

Kedudukan KDNK yang tertinggi sebanyak 5.9% sejak 2014. Pelaburan swasta yang melonjak 26% daripada KDNK pada 2016 berbanding 23.4% pada 2010. Kedudukan ringgit masih kukuh berbanding dollar dan semalam Bursa Malaysia melonjak 11.27 mata.

Ini yang dilihat sebagai berita positif oleh pelabur dan insitusi kewangan antarabangsa terhadap Malaysia. Mereka tidak mahu mendengar ugutan Mahathir yang mahu menghentikan projek ECRL jika berkuasa di Putraraya. Tindakan Mahathir itu adalah sesuatu yang negatif bagi mereka dalam dunia perniagaan.

Malah ahli akademik pun yakin dengan manifesto yang dibentangkan oleh BN. Profesor Ulung Dato Dr Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Institute of Ethic Studies (KITA), UKM menyifatkan manifesto BN lebih mencerminkan sebuah negara bangsa yang lebih jelas. Manifesto BN lebih realistik dan menyeluruh berbanding pembangkang.

Pembangkang sebenarnya tidak kuat untuk hadapi PRU14 ini. Dari soal siapa hendak jadi PM, soal logo dan soal agihan kerusi pun mereka belum selesaikan lagi. Sebab itu pembangkang akan politikkan apa apa sahaja termasuklah pengundian pada hari Rabu.

Akhbar luar negara sudah ramal kemenangan Barisan Nasional melihat kepada kekuatan manifesto, melihat kepada kemampuan BN dalam menjaga ekonomi negara dan melihat kepada lemahnya pembangkang yang bergaduh sesama mereka sendiri.

Rakyat mesti buat penilaian yang betul untuk negara ini. Jangan termakan dengan persepsi dan propaganda jahat pembangkang yang menghasut dan mengelirukan rakyat setiap hari. Hari Rabu yang keempat nanti, undilah Barisan Nasional untuk jadikan negara ini lebih hebat lagi.

https://pakdin.my/tag/barisan-nasional

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN

Tulisan :
Beruang Biru
BB863, Rabu
11 April 2018

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021