The West Australian akui silap siar artikel anak perempuan Najib - pakdin.my

Akhbar The West Australiansemalam mengakui kesilapannya berhubung penyiaran artikel yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan sebanyak A$60,000 (RM194,157) di sebuah pusat beli-belah di Perth semasa Perdana Menteri menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

Dalam ruangan pembetulan dan penjelasan yang diterbitkan, akhbar berkenaan turut mengesahkan bahawa anak perempuan Perdana Menteri juga tidak berada di Perth dan ini bercanggah dengan laporan yang mereka siarkan pada Isnin lepas.

Kenyataan akhbar itu boleh dilayari menerusi portal akhbar The Borneo Post yang menerima salinan halaman tersebut yang diemelkan oleh wartawan ekonominya, Neale Prior.

The West Australian juga menyebut adalah menjadi polisi akhbar itu untuk memperbetulkan setiap kesilapan mereka seboleh yang mungkin.

Semalam, Datuk Seri Mohd Najib mengeluarkan kenyataan menerusi Twitter, “Jangan percaya atau sebar pembohongan, malah anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya tidak membeli apa pun barang kemas”.

UTAMABERITAThe West Australian akui silap siar artikel anak perempuan Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium