AKHBAR CINA MENGELIRUKAN RAKYAT - pakdin.my

Akhbar-akhbar Cina di Malaysia seperti Nanyang Siang Pau sudah lama mengaut untung besar dengan menjaja isu-isu populis seperti kos hidup. Think thank mereka cuba menyalahkan Kerajaan dan menekan Kerajaan supaya melakukan lebih banyak pemberian seperti BR1M dan rumah mampu milik kerana mereka dapati orang-orang Cina yang miskin perlu diberi dengan percuma sepanjang masa.

Namun, mereka tidak pernah menulis mengajak pembaca mereka supaya berterima kasih kerana Kerajaan prihatin.

Namun, di sebalik mainan itu mereka tidak pernah mendesak syarikat-syarikat Cina yang mengaut berjuta-juta Subsidi Kerajaan supaya membantu Kerajaan dan rakyat golongan menengah dan bawah.

Bayangkan sahaja, daripada hampir 20 Syarikat Minyak Masak, hanya dua sahaja bukan Cina iaitu Felda dan Alif, selebihnya semuanya syarikat Cina belaka. Sudah bertahun-tahun mereka menikmati subsidi kerajaan. Pernahkah akhbar-akhbar Cina mendedahkan hal ini?

Begitu juga akhbar Cina lain seperti The Oriental Daily, mereka mendendangkan khabar-khabar angin supaya rakyat menjadi keliru dan seterusnya marah. Dulu mereka mainkan isu perpindahan KP Imigresen dan KP SPRM , kemudian pemindahan bekas AG yang tidak sihat. Mereka dendangkan seolah-olah mereka lebih tahu daripada kerajaan tentang mengapa seseorang bersara, masalah kesihatan atau bertukar.

Pendek kata, akhbar-akhbar ini memberi pandangan yang sentiasa negatif sahaja. Mereka menyerang sinis institusi kerajaan, memburukkan dan merendah-rendahkan pejawat awam Melayu, mereka tidak menyentuh pun penjawat-penjawat Cina di Pulau Pinang lantikan politik DAP.

Mereka tidak mahu mendedahkan rasuah, penyelewengan dan penindasan kerajaan Cina DAP kepada orang Melayu. Semalam sahaja pengusaha ikan dan nelayan di Pulau Pinang dirobohkan pondok jualan mereka yang sudah beroperasi sejak berpuluh-puluh tahun. Ada mereka nak tulis bab ini?

Kerajaan patut menjadi seperti Kerajaan Indonesia dan Kerajaan Singapura supaya mengambil tindakan tegas kepada akhbar-akhbar Cina yang menghasut dengan memberi gambaran tidak tepat. Mereka sangat rajin memberi komen kepada Kerajaan dan penjawat-penjawat Melayu tetapi mereka sangat-sangat menutup mata dan telinga malah political chief editor mereka sengaja melarang wartawan-wartawan untuk melapor kecurangan-kecurangan pegawai lantikan politik Cina di Pulau Pinang dan di Selangor.

Di Selangor, pegawai-pegawai DAP lantikan politik di Majlis-Majlis Perbandaran datang bekerja sesuka hati, mereka tidak respect Yang Dipertua Majlis Perbandaran terutama dalam pembahagian projek-projek majlis, mereka naikkan cukai perniagaan kecil-kecilan Melayu, mereka naikkan cukai peraih ikan, mereka naikkan cukai pintu, tetapi semua ini tidak dilapor oleh Nanyang Siang Pau, The Daily Oriental dan lain-lain akhbar Cina.

Mereka sangka kita orang Melayu tidak tahu baca Mandrin!

20161106-akhbar-cina-kelirukan-rakyat

UTAMABERITAAKHBAR CINA MENGELIRUKAN RAKYAT

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium