Akhirnya terlaksana sudah perjuangan kaum China ini - pakdin.my

Sijil UEC telah diiktiraf di Melaka dan dijangka menyusul pula di peringkat persekutuan. Akibat kerakusan berpolitik, dasar pendidikan kebangsaan kita telah tidak kita pedulikan.

Apakah UEC? Akronim UEC ditakrifkan sebagai Unified Examination Certificate atau Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah Menengah Persendirian Cina. Sijil ini diguna pakai oleh Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang dibenarkan beroperasi mengikut caranya sendiri, menggunakan silibus UEC, dengan syarat mesti mengikuti kehendak Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Secara tidak langsung, pelajar ini akan memiliki dua sijil sekali gus iaitu UEC dan SPM.

Umumnya, sijil UEC dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Menengah Rendah (UEC-JML), Vokasional (UEC-V) dan Menengah Tinggi (UEC-SML) yang kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin. UEC-SML mengandungi subjek Matematik, semua subjek sains dan semua subjek aliran perdagangan.

Sejak dahulu lagi, Mereka enggan mengguna pakai dasar dan kurikulum sistem pendidikan kebangsaan. Sebaliknya menggunakan kurikulum yang kebanyakannya diciplak dari Taiwan. Sistem penilaiannya juga dibuat oleh badan penilaian sendiri, bukannya oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Dong Jiao Zong iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Cina sejak tiga dekad lalu mendesak kerajaan mengiktiraf sijil UEC sebagai kelayakan untuk memasuki IPTA. Ini jelas suatu tindakan membelakangkan dasar-dasar kerajaan terutamanya dasar pendidikan negara dan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Besar jasa kaum ini kepada kerajaan hingga membolehkan mereka menikmati laba sebegini. Konsep Malaysia Baru..

Rujukan:
https://m.malaysiakini.com/news/432298

https://pakdin.my/tag/dong-zong/

https://pakdin.my/tag/cina/

Home

UTAMAPOLITIKAkhirnya terlaksana sudah perjuangan kaum China ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium