Akibat penjualan arak murah berleluasa, pelajar mabuk rebah di sekolah - pakdin.my

Seorang pelajar tingkatan dua dikejarkan ke hospital selepas ditemui tidak sedarkan diri akibat ketagihan alkohol.

Pelajar sesi petang dari sebuah sekolah Air Putih di sini ditemui terbaring di atas bangku berhampiran sekolahnya kira-kira 1 tengah hari semalam, lapor Harian Metro.

“Dipercayai kerana terlalu mabuk menyebabkan pelajar berkenaan tidak sedarkan diri dan orang ramai yang menyedari kejadian itu segera memaklumkan kepada pihak sekolah.

“Pelajar berkenaan kemudiannya dibawa ke sekolahnya sebelum orang ramai menghubungi pasukan perubatan untuk mendapatkan bantuan.

“Pasukan perubatan yang ke sekolah berkenaan kemudiannya melakukan pemeriksaan awal dan mendapati pelajar itu mengambil minuman keras secara berlebihan,” kata sumber.

Mangsa yang sebelum itu menyertai dua rakannya mengambil minuman keras murah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

UTAMABERITAAkibat penjualan arak murah berleluasa, pelajar mabuk rebah di sekolah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium