Akibat Percaya e-mel Cabutan Bertuah, Guru Tadika Rugi RM17,100 - pakdin.my

email-scamJOHOR BAHARU  — Seorang guru tadika berusia 36 tahun membuat laporan polis semalam selepas mendapati dirinya ditipu satu sindiket melalui e-mel pada 13 Dis tahun lepas.

Ketua Polis daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan hari ini berkata e-mel berbahasa Inggeris itu dari pihak tertentu menggunakan logo syarikat penerbangan AirAsia memberitahu bahawa mangsa memenangi US$130,000 (RM403,715) dalam satu cabutan bertuah di London sempena perayaan Krismas.

Katanya, pihak sindiket itu memberitahu guru tadika itu hadiah tersebut telah siap sedia untuk dimasukkan ke dalam akaun wanita itu melalui Telco Online Bank.

Wanita itu dalam laporannya berkata pada bulan lepas beliau menerima satu lagi e-mel dari pihak yang beralamat malaysiapolice@asia.com menyatakan bahawa siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mendapati cabutan bertuah itu sah di sisi undang-undang.

“Berikutan itu, pengadu telah memasukkan secara berperingkat-peringkat wang sebanyak RM17,100 ke dalam akaun yang diberikan sindiket tersebut untuk mendapatkan hadiah yang dikatakan telah dimenanginya itu,” kata Ruslan.

Beliau berkata e-mel dari AirAsia dan PDRM itu adalah palsu dan menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan sindiket cabutan bertuah ataupun gores dan menang.

Menurut Ruslan, polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

UTAMABERITAAkibat Percaya e-mel Cabutan Bertuah, Guru Tadika Rugi RM17,100

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium