Aksi EPL dihentikan sementara untuk berbuka puasa - pakdin.my

London: Wesley Fofana berterima kasih kepada Liga Perdana kerana membenarkannya berbuka puasa ketika kemenangan Leicester mengatasi Crystal Palace.

Penjaga gol Palace, Vincent Guiata memberhentikan permainan pada minit ke-34 ketika kemenangan 2-1 Leicester bagi membolehkan pertahanan itu minum.

Fofana, 20, minum di garisan gol sebelum menunjukkan tanda bagus kepada mereka yang menantinya di padang.

Pertahanan tengah itu adalah seorang Muslim dan berpuasa adalah sebahagian daripada Ramadan.

Dia memuat naik ciapan di Twitter berkata: “Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Liga Perdana selain @CPFC, @vguaita13 dan semua pemain Foxes kerana membenarkan saya berbuka puasa malam ini di tengah-tengah permainan.

“Itulah yang menjadikan bola sepak cukup menakjubkan.”

UTAMAGAYA HIDUPAksi EPL dihentikan sementara untuk berbuka puasa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium