Aksi Malaysia-Arab Saudi dihentikan pada minit ke-88 akibat penonton baling suar

16

bolasepak-malaysia-arab-saudi-suar

SHAH ALAM: Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia menentang Arab Saudi terpaksa dihentikan pada minit ke-88 disebabkan insiden membaling suar ke dalam padang.

Dipercayai suar dibaling dari sudut penyokong Ultras Malaya.

Keadaan di tengah padang.
 

Beberapa suar turut dilihat dihalakan ke arah penyokong Arab Saudi dan tempat duduk VIP.

Keputusan perlawanan sehingga sebelum perlawanan dihentikan ialah Arab Saudi mendahului Malaysia 2-1.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here