Thursday - August 5, 2021 @ 20:07
BERITANASIONALAksi ‘sarkas’ penyokong Bersih cemari wacana Wan Ahmad VS Ambiga

Aksi ‘sarkas’ penyokong Bersih cemari wacana Wan Ahmad VS Ambiga

KEMASKINI Namanya sebuah wacana ilmu, dan tajuknya cukup membayangkan ia perbincangan ilmiah ‘Apa selepas 9 Julai?” dengan ahli panel berprofil tinggi, sepatutnya semua hadirin duduk dengan tenang dan tertib mendengar panel berhujah.

Namun kalangan penyokong Bersih yang hadir menukar wacana ilmu jadi macam pertunjukan sarkas.

Itulah hakikat sebenar perangai tak senonoh segelintir manusia yang sikapnya memalukan pihak penganjur iaitu akhbar Sinar Harian dan kumpulan media Karangkraf.

Kebetulan majlis tersebut dibuat di pejabatnya di Shah Alam petang Selasa yang menyaksikan pertama kali tampil bersemuka Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar VS Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga.

Ini pertama kali mereka bersemuka sejak demo haram Bersih 9 Julai.

Turut sama menjadi ahli panel ialah penganalisis politik Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Namun forum selama lebih dua jam untuk membolehkan hadirin mendapat input secara langsung dari panel mengenai isu yang hangat itu kebelakangan ini dicemari dengan sikap ‘nak menang saja dan mereka betul semua’ kalangan penyokong Bersih yang hadir.

Jelas dari awal, memang penyokong-penyokong Bersih yang menguasai kerusi-kerusi yang disediakan. Ini sedia maklum kerana SPR, agensi kerajaan, bukannya NGO seperti Bersih yang mudah untuk mobilisasi penyokong hadir ke majlis tersebut.

Kiranya, boleh ‘angkat topi’ pada Datuk wan Ahmad sebab berani datang walaupun sedia maklum ‘crowd‘ jenis apa yang beliau berdepan.

Forum yang sepatutnya bermula tepat jam dua sedikit lewat kerana pihak penganjur menguruskan tempat duduk penyokong yang berdiri hingga mengganggu pihak media membuat liputan dalam dewan sesak dengan hadirin itu.

Sebaik bermula, ketika nama Ambiga disebut, dewan riuh rendah, jadi macam pasar, memaksa pengerusi majlis beberapa kali mengingatkan penyokong Bersih agar menjaga tingkah laku bagi memastikan majlis berjalan lancar.

BACA SETERUSNYA

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here