Akta Keharmonian Nasional Lebih Relevan ?

Akta Hasutan 1948

- Advertisement -

Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan untuk memansuhkan itu dibuat untuk mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini.

Antara perkara yang digariskan dalam Akta Hasutan ialah:

3. (1) Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan

(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;

(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;

(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang Di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;

(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau (f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Pemansuhan ini adalah bertitik tolak dari desakan pembangkang kerana menganggapnya sebagai menghalang rakyat dari bersuara serta mengongkong kreativiti.

Akibatnya, ia mendapat kritikan banyak pihak di kalangan penyokong UMNO yang menganggap desakan tersebut merupakan satu lagi helah pembangkang untuk ‘mengenakan’ kerajaan sepertimana dakwat kekal dan ISA.

Kritikan dari penyokong UMNO dilihat sebagai mampu mengundang risiko besar kepada BN yang bergantung sepenuhnya kepada undi UMNO setelah ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina termasuk dari MCA.

Walaubagaimanapun, di kalangan sesetengah pihak, pemansuhan Akta ini dilihat sebagai keberanian dan kesungguhan kerajaan untuk melakukan transformasi. Untuk itu, Akta Keharmonian Nasional diperkenalkan bagi menggantikan Akta Hasutan.

Keputusan ini telah diumumkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2012 di dalam satu majlis makan malam Jabatan Peguam Negara.

Melalui akta baru ini, beberapa perkara dari Akta Hasutan dikekalkan iaitu yang berkaitan dengan kuasa kerajaan dalam tiga perkara iaitu:

a) Mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja;

b) Mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia dan

c) Mempersoalkan apa-apa hak, kedudukan istimewa, kedaulatan atau prerogative sebagaimana yang ditetapkan atau dilindungi oleh Peruntukan Bahagian III atau Perkara 152,153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk meneliti perkara ini.

Pada dasarnya, Akta Keharmonian Nasional membawa pendekatan yang lebih longgar untuk rakyat untuk melemparkan kritikan atau ketidakpuasan hati dengan syarat ia tidak membawa niat jahat dan menghasut.

Justeru, dengan jaminan kerajaan untuk mengekalkan kuasa bagi menghalang berlakunya ketegangan yang mungkin berpunca dari kelonggaran ini, tidak ada sebab untuk rakyat terus merasa musykil mengenai akta baru ini.

INTIPATI AKTA KEHARMONIAN NASIONAL

– Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 tidak menjejaskan kuasa kerajaan menangani perbuatan menggangu-gugat perpaduan dan keharmonian masyarakat.
– Tiga prinsip utama dikekalkan iaitu pertama, bagi menangani perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan kebencian penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja
– Prinsip kedua, menangani perbuatan dan perlakuan yang mengembangkan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk berlainan di negara ini

“Prinsip ketiga menangani perbuatan dan perlakuan yang mempersoalkan apa-apa pekara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan, prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.” – Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

[Video] YouTuber AS hasilkan video khas bidas Al Jazeera

MASIHKAH anda ingat dokumentari terbitan Al Jazeera berjudul "Locked Up in Malaysia's Lockdown" yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini? Terbaharu, saluran YouTube 'Other Side of the...

Anwar Enggan Jawab Kejatuhan PH Angkara Tun M

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menjawab persoalan samada semua kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Harapan (PH) adalah angkara bekas Perdana Menteri, Tun...

Buat persiapan sambut pelajar, guru maut terjatuh dari balkoni bangunan sekolah

HASRAT murni seorang guru lelaki yang membuat persiapan sempena pembukaan semula sekolah pada Rabu berakir dengan tragedi apabila dia maut pada Selasa. Menerusi kejadian pada...

Yuran asrama, perkhidmatan universiti dikurangkan hingga 15 peratus

Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.