23.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Akta Perbelanjaan dan Sumbangan Politik dikuatkuasa kepada semua parti

UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan cadangan yang disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low berhubung perundangan baharu kawal selia dana politik menerusi Akta Perbelanjaan dan Sumbangan Politik.

Menurut Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak cadangan Jawatankuasa Perunding Negara berkaitan Dana Politik itu bukan benda baru kepada BN kerana ia telah lama dicadangkan namun ia perlu dikuatkuasakan kepada semua parti politik di negara ini.

“UMNO pada prinspinya sudah lama setuju, ini diperjuangkan oleh kerajaan, ini bukan benda baru malah sebelum pilihan raya dulu pun sudah disebutkan.

“Kita perlu keadah dana politik baru, yang lebih telus dan boleh dipantau oleh pihak yang neutral. Jadi secara prinsipnya kita setuju dan menyokong kepada kaedah baru, dimana ia perlu disokong oleh kedua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang.

“Tidak adil kalau Cuma BN sahaja dikenakan peraturan baru, ia perlu dikuatkuasakan kepada semua parti politik, kaedah terperinci akan dibincangkan kemudian ada yang kita setuju dan ada yang perlu perubahan,” ujarnya.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Low sebelum ini berkata dana dan sumbangan untuk tujuan politik akan dikawal ketat selepas ini susulan cadangan mewujudkan undang-undang baharu bagi menangani isu melibatkan aspek kewangan institusi berkenaan.

Menurutnya tadbir urus negara tidak dapat ditangani dengan baik jika kita tidak mengamalkan politik berintegriti.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan 32 fakta yang disarankan jawatankuasa berkenaan di Institut Integriti Malaysia hari ini.

Antara cadangan itu, termasuk mewujudkan pejabat Pengawal Perbelanjaan dan Sumbangan Politik yang akan melaporkan secara langsung kepada Lembaga Gabenor di mana ahlinya tidak terlibat dalam politik.

20161001-najib-mt-umno-dana-politik

Berita Berkaitan

42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM sekiranya cukup bilangan bentuk kerajaan, kata Guan Eng

DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya...

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presidennya,...

‘Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen’ – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan