25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Aktres Innocence of Muslims telan pil tidur

Gurji bersama Bacile semasa proses rakaman filem itu. (Gambar kanan) Gurji tidak menyangka Bacile memperdayanya sehingga mencetuskan rusuhan berdarah.

AKTRES filem mencetuskan amarah masyarakat Islam dunia, terpaksa menelan pil tidur apabila merasa dikecam dan  tidak selamat selepas protes dan pembunuhan  berlaku berikutan tersiarnya klip video Innocence of Muslims di YouTube sejak seminggu lalu.

Anna Gurji, 21, mendakwa melakonkan watak isteri muda kepada seorang lelaki bernama George, tetapi pengarahnya Nakoula Basseley atau dikenali sebagai Sam Bacile, bertindak menukarnya kepada Muhammad.

“Saya tidak tahu George ditukar kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu.

“Saya penganut Kristian Katolik, jadi mereka terfikir saya juga menentang Islam.Saya berasa dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya akui berasa malu apabila menonton watak itu,” katanya kepadaThe Mail Online.

Gurji berkata, selain beliau barisan pelakon filem itu turut diperbodohkan Bacile yang kononnya tajuk filem berkenaan adalah Desert Warrior  atau  Innocence of Bin Laden selain langsung tidak berkaitan dengan isu keagamaan.

“Saya diberi watak sebagai Hilary. Menurut Bacile, filem itu mengisahkan sebuah komet jatuh di kawasan Timur Tengah, dan perebutan komet berlaku sehingga cetus peperangan untuk merebutnya.

“Filem itu sepatutnya mempunyai banyak kesan khas kerana kami berlakon di hadapan layar hijau. Kos penggambaran rendah, saya hanya dibayar $75 (RM227.73) sehari.

“Saya tidak tahu bagaimana Bacile boleh menukar jalan cerita itu. Mungkin saya bodoh tetapi tiada sesiapa menceritakan hal sebenar.
Tiada seorang pun daripada barisan pelakon terfikir filem ini mempunyai agenda rahsia,” katanya mengakui filem itu dirakamkan di California.

Bahana Innocence of Muslims

Rusuhan dan protes yang tercetus sejak 11 September lalu dilihat sebagai pengulangan memori insiden serangan di Menara Berkembar di New York, Amerika Syarikat (AS) sekali gus mengilhamkan pengikut anti-Islam dengan menuduh Islam adalah ganas dan jahat.

Jika filem Innocence of Muslims tidak disiarkan, pastinya bangunan Kedutaan AS di Libya tidak dibakar sehingga meragut empat nyawa.

Rentetan itu, pastinya lebih 20 Kedutaan AS di seluruh dunia tidak diserang masyarakat Islam yang berang dengan tindakan Bacile.

Seterusnya, Presiden AS, Barack Obama tentu tidak akan menghantar tenteranya ke Libya dengan satu tujuan iaitu untuk membalas dendam ke atas kematian rakyatnya. Namun, Obama menggunakan alasan mahu bekerjasama bagi menangkap pembunuh dutanya, Christopher Stevens.

Jelas sekali, filem berkenaan telah mencetuskan protes secara besar-besaran dari Maghribi sehingga ke Malaysia. Setakat ini, tujuh terbunuh, ribuan cedera dan rusuhan menular ke Sydney, Australia, semalam.

Semalam, AS terpaksa memanggil balik dutanya di Sudan dan Tunisia selepas mendapat amaran, Al-Qaeda bakal menyerang kerajaan Obama di Arab dan Barat.

Si penghina Nabi disiasat

Masuk hari kelima, protes filem pendek Innocence of Muslims, lelaki Kristian Koptik, Bacile yang berperanan sebagai penerbit dan pengarah filem itu menyerah diri untuk disoal siasat pegawai persekutuan di balai polis Cerritos, Los Angeles, kelmarin.

Bagaimanapun, Bacile, 55, hanya disoal siasat mengenai penglibatan jenayah kewangan yang berpotensi untuk dipenjarakan semula selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana kesalahan penipuan bank pada tahun 2010.

Jurucakap polis memberitahu, pihak berkuasa tidak melakukan siasatan ke atas projek filem berkenaan dan jika sekalipun ia pencetus keganasan kerana AS tidak mengiktirafnya sebagai jenayah berikutan ia termasuk di dalam akta kebebasan bersuara.

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan