Akuan bersumpah Maszlee Malik sokong Anwar pula tersebar? - pakdin.my

Akuan Bersumpah penyokong kuat Tun Mahathir,  Dr Maszlee Malik, menyokong pencalonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kini tersebar di dalam media sosial.

Sebwlum ini dilaporkan Maszle Malik kemungkinan besar merupakan individu yang dimaksudkan oleh Anwar sebagai Ahli Parlimen yang bertindak atas kapasiti peribadi menyokong beliau.

Maszlee yang merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam adalah dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Pejuang telah mengisythar tidak menyokong usaha Anwar menjadi Perdana Menteri.

Kandungan akuan bersumpah Maszle hampir serupa dengan “surat palsu” UMNO kepada Agong yang mengikrarkan sokongan tidak berbelah bagi dan setia kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sehingga berita ini diterbitkan Maszlee belum membuat apa-apa kenyataan untuk menafi atau mengesahkan akuan bersumpah ini.

UMNO bagaimanapun telah menafikan ada menulis surat kepada Agong untuk menyatakan sokongan kepada Anwar menjadi Perdana Menteri.

UTAMAPOLITIKAkuan bersumpah Maszlee Malik sokong Anwar pula tersebar?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium