Al-Aqsa dibadai ribut salji - pakdin.my

Lazimnya wilayah Tebing Barat yang sinonim dengan Baitulmaqdis atau turut digelar Jerusalem bagi Yahudi memang ada salji pada awal tahun tetapi kali ini suasananya agak pelik.

Media Israel semalam melaporkan ribut salji membadai seluruh negara haram rejim Zionis itu selain jirannya, Syria dan Jordan sejak kelmarin sebelum beransur pulih awal pagi ini iaitu rekod kali pertama selepas empat tahun.

Salji tebal yang meliputi hampir semua kawasan, termasuk sekitar Kubah Batu yang terletak dalam kompleks Masjid Al-Aqsa dan tembok ratapan penganut Yahudi di bahagian barat turut mengejutkan ramai penduduk tempatan.

Ini memandangkan fenomena cuaca sejuk ekstrem sedemikian amat jarang berlaku di Baitulmaqdis yang juga dirujuk sebagai Al-Quds dalam kalangan umat Islam serta kota suci ketiga Muslim selepas Makkah dan Madinah.

Orang awam, ada antara mereka yang bawa papan luncur kelihatan ceria turun beramai-ramai ke jalan raya untuk menyaksikan pemandangan jarang dilihat itu. Salji tebal dilaporkan mula turun pada waktu malam Rabu lalu.

Terdahulu ribut pasir dilaporkan melanda kawasan itu pada sebelah petang. Pihak berkuasa Israel memaklumkan bahawa hampir semua sekolah dan universiti terpaksa ditutup sementara ekoran salji tebal luar jangkaan tersebut.

Polis Israel turut bertindak tutup kebanyakan lebuh raya utama menuju ke Baitulmaqdis susulan banyak kenderaan rosak tersangkut dalam salji tebal manakala perkhidmatan tren dalam bandar tersebut turut dijadualkan semula.

Pihak perbandaran Baitulmaqdis namun bersiap sedia dengan 150 buah jentera pembersih salji dan 25 tan garam untuk cairkan salji di permukaan jalan raya yang licin bagi elak kemalangan kenderaan. 

UTAMABERITAAl-Aqsa dibadai ribut salji

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium