Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
Malaysia
24,565
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,201,559
Confirmed
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
Indonesia
4,012,448
Recovered
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
Indonesia
141,114
Deaths
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm

Thailand

Thailand
1,524,613
Confirmed
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
Thailand
1,380,362
Recovered
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
Thailand
15,884
Deaths
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm

Global

All countries
231,103,410
Confirmed
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
All countries
206,066,851
Recovered
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
All countries
4,736,136
Deaths
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm

Alat Pengesan Sonar Mampu Mengesan #MH370 Jika Terjunam Dalam Lautan Hindi

MH370-sonar-amerika

Pakar Geostrategis Dr Azmi Hassan yakin dengan penggunaan alat pengesan sonar, pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang dipercayai hilang di Lautan Hindi dapat dikesan.

Beliau berkata hanya Amerika Syarikat mempunyai peralatan tersebut di mana ianya “boleh menjunam ke dalam laut antara 4,000 sehingga 6,000 meter” untuk mengesan sebarang objek yang terbenam.

“Contohnya, apabila alat itu terkena satu objek, katakanlah kapal terbang, bunyi akan dibalikkan kembali�dengan cara itu, kalau ada kapal terbang berdekatan dengan keadaan bunyi yang dikeluarkan, sonar itu dapat mengesannya�hantaran isyarat yang diterima itu berbeza bergantung kepada objek yang dikesan.

“Itu sajalah peralatan yang boleh digunakan kalau ianya jauh di dalam (laut) tanpa ada isyarat kecemasan dikeluarkan (dari kotak hitam)” kata Azmi kepada Bernama selepas di wawancara dalam program BernamaTV ‘Ruang Bicara’ bertajuk ‘Kotak Hitam’ yang disiarkan secara langsung di sini malam ini.

Beliau juga berkata pencarian kotak hitam boleh dilakukan secara manual dengan menggunakan peralatan tertentu jika ianya gagal ditemui dalam tempoh 30 hari.

Azmi berkata kotak hitam itu juga boleh dikesan dengan secara manual jika lampu isyarat perakam penerbangan itu berhenti menghantar isyarat selepas 30 hari.

Ini telah dilakukan pada kapal terbang Airbus A330-203 milik Air France AF477 yang terhempas dalam Lautan Atlantik pada tahun 2009, di mana kotak hitamnya telah ditemui selepas hampir dua tahun, iaitu 23 bulan, selepas kapal terbang itu hilang.

Kapal terbang itu, yang membawa 228 orang, dalam perjalanan dari Rio de Janeiro, Brazil ke Peranchis.

Azmi berkata berkata kotak hitam itu yang diperbuat daripada titanium dan keluli serta dilapisi bahan tahan api, boleh menahan hentakan yang kuat sehingga 3,000 kali, serta masih mampu mengeluarkan isyarat jika jatuh hingga kedalaman 6,000 meter.

Selain mampu bertahan sehingga 2,000 darjah Fahrenheit dalam sesuatu kebakaran, katanya.

Katanya, hampir 95 peratus kotak hitam dapat ditemui dalam kemalangan yang melibatkan kapal terbang.

Pesawat Boeing 777-200ER milik Penerbangan Malaysia, yang dalam penerbangan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangsa KL pada 8 Mac.

Penerbangan itu sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Berkaitan