25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

AlFatihah – Mohd Razif Kritikal Selepas Kemalangan Jalanraya 28 Mac Lalu Meninggal Dunia

Allahyarham Mohd Razif

Mohd Razif, Ketua Pmuda UMNO Cawangan Kantan Permai, Hulu Langat meninggal dunia sebentar tadi.

Allahyarham cedera parah dan kritikal ditempatkan di Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kemalangan maut yang melibatkan kematian dua orang rakan pada 28 Mac lalu di persimpangan susur keluar Desa Pinggiran Putra.

Dalam kemalangan tersebut dua rakan Allahyarham, Khairul Islam Janarudin dan Safuddin Kandar mati ditempat kejadian.

Kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kajang selepas menghantar Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian itu, Al Dita Aladin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menunaikan umrah.

Jenazah akan di bawa kerumah bapanya di Lot 7222, Jln Melati 2, Sg Kantan, Kajang.

Berita berkaitan:

Dua AJK Pemuda UMNO Hulu Langat maut kemalangan

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.