25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 1, 2020

Ali Rustam Orang Akhir Serah Borang Tanding Naib Presiden

Ali-Rastam-Pencalonan

Ali-Rastam-Pencalonan

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam akhirnya menamatkan spekulasi berhubung kononnya beliau akan menarik diri daripada saingan jawatan Naib Presiden Umno.

Mohd Ali yang hadir sebagai bakal calon keenam menyerahkan borang pencalonannya kira-kira pukul 4 petang iaitu sejam sebelum masa penyerahan tamat.

Sebelum ini timbul desas-desus yang mengatakan Mohd Ali akan membatalkan hasratnya bertanding jawatan itu apabila kelibatnya tidak kelihatan di pusat penyerahan borang pencalonan yang dibuka seawal pukul 8 pagi Sabtu.

Mengulas mengenai spekulasi tersebut, Mohd Ali yang hadir memakai baju batik biru menjelaskan beliau menghadapi masalah teknikal berhubung nama wakil calon pada borang pencalonannya.

“Saya terlewat sebab borang saya ada masalah…wakil calon saya tidak boleh seseorang yang mempunyai jawatan, hanya ahli biasa.

“Jadi saya perlu betulkan kesilapan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Sabtu.

Ditanya sama ada kemungkinan beliau akan menarik diri dalam tempoh 72 jam sebelum nama calon disahkan bertanding pada pemilihan Umno bulan depan, Mohd Ali bagaimanapun berkata perkara itu bergantung kepada keadaan dan perkembangan semasa.

“Memang kita ada masa 72 jam untuk tarik diri, dalam tempoh itu macam-macam boleh berlaku…tunggulah nanti,” katanya.

Penyertaan Mohd Ali menyaksikan jumlah pencalonan bagi jawatan Naib Presiden kekal bakal ditandingi enam tokoh.

Selain Mohd Ali, lima lagi pemimpin yang sedia berentap bagi jawatan itu termasuk penyandangnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Turut mencuba nasib ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..