Ali Rustam umum sah tanding Naib Presiden UMNO - pakdin.my

AliRustam

Teka-teki mengenai jawatan yang akan ditandingi oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada pemilihan UMNO hujung tahun ini terjawab apabila beliau mengesahkan bertanding jawatan Naib Presiden parti itu.

Mohd. Ali berkata, keputusan tersebut dibuat setelah beliau fikir dengan sedalam-dalamnya serta mendapatkan pandangan rakan-rakan dalam parti.

“Mengambil kira saya pernah memegang jawatan itu, mungkin saya boleh menyumbang kepada parti yang sedang dalam proses transformasi.

“Sudah banyak pihak bertanyakan kepada saya mengenainya dan hari ini saya mengesahkan untuk menawar diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Rumah Melaka di sini hari ini.

UTAMAPOLITIKAli Rustam umum sah tanding Naib Presiden UMNO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium