28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Aliran Masuk FDI Berada Pada Landasan Capai US$10 Bilion Tahun Ini, Kata Mukhriz

CYBERJAYA, 15 Ogos (Bernama) — Aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Malaysia kini berada pada landasan untuk mencecah US$10 bilion pada tahun ini walau pun ekonomi AS berhadapan tinjauan yang suram, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

“Kita kini mempunyai lebih banyak telur di dalam bakul, yang bermakna kita kini tidak terlalu bergantung kepada satu atau dua sumber pelaburan seperti AS dan Eropah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Perkhidmatan Perniagaan Shell di sini hari ini.

Pada 2010, aliran masuk FDI ke Malaysia berjumlah US$9.1 bilion.


Mukhriz berkata Malaysia boleh mengurangkan kesan sebarang penurunan di segi pelaburan dari mana-mana negara.

“Kita mempunyai FTA (perjanjuiann perdagangan bebas) yang telah kita tanda tangani dengan sebilangan negara dan rantau. FTA itu bukan sahaja terhad hanya kepada perdagangan malah turut merangkumi pelaburan.”


“Apabila kita mempunyai peraturan sedemikian, syarikat dari negara-negara berkenaan menjadi lebih sedar mengenai jenis insentif yang kita sediakan dan kerana ia berkesan untuk melabur di Malaysia.”

“Mereka datang ke sini dan melihat sendiri apa yang kita boleh tawarkan dan dari situ minat (untuk melabur) bermula,” katanya.


Mukhriz berkata kementerian dan agensinya juga mengambil langkah agresif mempromosikan Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan yang menarik di negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan dan negara-negara di Timur Tengah.

“Bagi inisiatif sedemikian, sebilangan pertanyaan yang serius seperti ini dilayan oleh Mida (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia),” katanya.

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan