Monday - July 26, 2021 @ 02:37
BERITAAliran Trafik Perlahan Di Lebuhraya Plus (live)

Aliran Trafik Perlahan Di Lebuhraya Plus (live)

[liveblog]

Laluan Lebuhraya Utara Selatan di Slim River masih lancar sehingga 5 petang 1/2/2014 i kedua-dua hala.
Laluan Lebuhraya Utara Selatan di Slim River masih lancar sehingga 5 petang 1/2/2014 i kedua-dua hala.

Aliran trafik di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) dari ibu negara ke arah utara dan selatan sehingga 4.30 petang agak perlahan dan sesak dengan pertambahan jumlah kenderaan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Expressways Berhad berkata keadaan trafik sesak selepas Terowong Menora menghala Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak.

Beliau memberitahu Bernama trafik juga sesak di Kilometer 231 Kuala Kangsar ke Changkat Jering kerana kenderaan melalui laluan berbukit.

Aliran trafik juga perlahan di Bukit Tambun Utara menghala plaza tol Juru dan Kilometer 137.5 sehingga plaza tol Jambatan Pulau Pinang namun bergerak lancar selepas melepasi jambatan.

Di bahagian selatan, bermula dari Bangunan Sultan Iskandar menghala Singapura dan dari Kulai ke Sedenak, kenderaan sesak serta bergerak perlahan.

Dalam pada itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik mula bergerak perlahan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke plaza tol Gombak.

Kemalangan di Kilometer 86.2 arah utara dari Ayer Hitam ke Yong Peng pula menyebabkan aliran trafik perlahan dan tiada penutupan lorong di kawasan terbabit.

Pengguna lebuh raya dinasihat mengawasi jarak selamat kenderaan masing-masing bagi mengelak kemalangan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here