25.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Alkisah Pemilihan Parti DAP 2012 : Silap Kira Undi?

ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAPDAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Dalam keputusan yang dipinda, Zairil Khir Johari, yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20 dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).

Vincent Wu, yang pada mulanya diumumkan mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

Zairil, yang sebelum ini dikatakan mendapat 305 undi, sebenarnya telah mendapat 803 undi, meletakkannya pada kedudukan 20.

Sebagai tindak balas, Zairil menulis dalam ‘Twitter’ bahawa dia masih terkejut.

Pengarah pilihan raya DAP Pooi Weng Keong berkata mereka membuat pindaan mengikut pengauditan dalaman dan luaran.

Pooi berkata kesilapan itu disebabkan masalah teknikal apabila keputusan telah dipindahkan menggunakan Microsoft Excel.

“Kesilapan menyebabkan calon-calon yang meraih kedudukan 31 hingga 38 dan mereka pada kedudukan 61 hingga 68 diberikan bilangan undi yang sama,” katanya, sambil menambah Setiausaha Agung Parti, Lim Guan Eng telah dimaklumkan mengenai perkara ini.

Beliau berkata parti menjalankan pengauditan dalaman yang diketuai oleh Dr Ong Kian Ming, dan melantik juruaudit luaran.

“Kami telah membuat pindaan yang perlu,” kata Pooi.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, jawatankuasa, semasa mesyuarat malam Khamis telah mengesahkan Zairil dipilih sebagai ahli.

Wu telah dilantik sebagai ahli dan dibenarkan kekal sebagai penolong setiausaha penganjur kebangsaan.

Seorang anggota jawatankuasa penganjuran kongres ke-16 parti, bagaimanapun, berkata keputusan yang diumumkan pada 17 Disember sepatutnya dikekalkan.

“Tiada siapa yang mempertikaikannya. Saya tidak faham mengapa terdapat keperluan untuk membuat pindaan,” kata ahli yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.






Berita Berkaitan

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan