Altel Communications: Penyedia Perkhidmatan Mudah Alih Prabayar Menawarkan Perkhidmatan 4G LTE - pakdin.my

altel

Syarikat komunikasi terbaru di Malaysia, Altel Communicationn. Penyedia perkhidmatan mudahalih prabayar yang menawarkan perkhidmatan rangkaian LTE menggunakan spektrum 2600MHz Celcom.

Altel menambah persaingan kadar harga perkhidmatan panggilan tempatan, kadar rendah internet mudahalih dan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan, sesuatu yang kita harapkan dari penyedia perkhidmatan.

Altel Communications anak syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd sebahagian dari rangkaian syarikat milik Kumpulan Syarikat Albukhari memulakan operasi setelah di beri lesen spektrum Long Term Evolution (LTE – 4G) dan yang berkaitan penyediaan perkhidmatan telekomunikasi.

Tidak dapat dipastian  dengan tepat tarikh pelancaran perkhidmatan untuk pengguna Altel setakat ini tetapi Altel telah mengadakan perjanjian bersama Celcom pada awal bulan Julai bagi Celcom menediakan mobile virtual network operator (MVNO) kepada Altel.

Pek permulaan ditawarkan pada harga serendah RM7 untuk perkhidmatan panggilan suara, perkhidmatan data LTE, tawaran istimewa dan bonus dengan perkhidmatan internet serendah RM15.

Pengguna yang berminat boleh mendaftar sekaran di Altel Communications untuk mengetahui perkhidmatan yang bakal ditawarkan.

UTAMAGAYA HIDUPAltel Communications: Penyedia Perkhidmatan Mudah Alih Prabayar Menawarkan Perkhidmatan 4G LTE

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium