Alvin Tan akan dikesan sampai dapat – KPN - pakdin.my

alvin-tan-vivian

Polis akan terus mencari penulis blog seks Alvin Tan sehingga ke lubang cacing.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara tidak boleh dimaafkan.

“Dia (Tan) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing,” katanya.

Bloggers hina agama dan hasut rakyat akan dikenakan hukuman lebih berat

Alvin Tan dilaporkan melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) dan memohon suaka.

Khalid berkata, siasatan terhadap kes tersebut sudah dimulakan dan beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang mengaibkan pemimpin negara menggunakan media sosial.

“Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut,” katanya.

Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.

Bulan lepas sebahagian wang jaminannya turut dilucutkan berhubung tuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan bersama pasangannya Vivian Lee.

Dia turut menghadapi pertuduhan mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar yang didapati lucah di laman blognya di http://alviviswingers.tumblr.com/ tahun lepas.

wpid-20140930-112443287.jpg

UTAMABERITAAlvin Tan akan dikesan sampai dapat – KPN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium