Bomba Kelantan urus pengebumian 262 jenazah pesakit COVID-19, sejak Mac tahun lepas - pakdin.my

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan telah mengendalikan sebanyak 262 pengebumian jenazah pesakit COVID-19 sejak Mac tahun lepas hingga semalam, kata pengarahnya Zainal Madasin.

Beliau berkata dari Januari hingga semalam (8 Jun), Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) JBPM Kelantan itu telah menguruskan pengebumian 250 jenazah pesakit COVID-19 di negeri berkenaan.

“Dalam satu hari, pengebumian paling ramai yang dikendalikan HAZMAT adalah 10 jenazah dan paling sedikit sekitar empat atau lima jenazah pesakit COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan operasi sanitasi di pejabat media, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainal berkata pihaknya akan terus membantu mengurus pengebumian jenazah pesakit COVID-19 atas dasar keinsafan, kebersamaan serta tanggungjawab terhadap semua pihak terutamanya kepada pewaris dan keluarga mangsa COVID-19.

“Ini adalah tanggunjawab dan keinsafan kita kerana apabila hendak diserahkan jenazah kepada waris, mereka pun berasa risau bagaimana hendak menguruskan pengebumian. Maka, kita akan terus membantu,” katanya.

Mengenai operasi sanitasi di seluruh Kelantan, Zainal berkata  sejak Mac tahun lepas hingga kini, JBPM Kelantan telah melaksanakan sanitasi di 2,127 kawasan termasuk premis pasar raya dan pusat beli-belah.

Sementara itu, beliau berkata JBPM Kelantan hari ini turut melancarkan panduan dalam meningkatkan pengetahuan orang ramai berkenaan kaedah disinfeksi, menerusi YouTube menerusi pautan https://www.youtube.com/watch?v=y3dscPxXzSw.

— BERNAMA

UTAMABERITABomba Kelantan urus pengebumian 262 jenazah pesakit COVID-19, sejak Mac tahun lepas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium