Statistik Corona

Malaysia
2,442,224
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
2,340,390
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
73,258
Active
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
28,576
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,241,090
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Indonesia
4,084,831
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Indonesia
143,270
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

Global

All countries
245,328,542
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
All countries
220,685,795
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
All countries
4,979,668
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

Laluan berbukit, usung keranda 1km urus pengebumian mayat Orang Asli

Berjalan kaki hampir sejam dengan mengusung keranda mayat COVID-19, menguji ketahanan mental dan fizikal tiga petugas kesihatan daerah Seremban, ketika menguruskan pengebumian mayat Orang Asli di Kampung Orang Asli Jeram Kedah, Lenggeng dekat sini, baru-baru ini.

Ketika matahari terpacak kira-kira 12 tengah hari, Mohd Adree Zuzalee Adnan, Sheikh Ezamli Sheikh Dolah dan Mohd Shahran Musa, telah bersiap sedia dengan berpakaian lengkap alat perlindungan peribadi (PPE), bersama lima individu lain daripada pihak pengurusan mayat untuk menguruskan mayat pada Jumaat lepas.

Menceritakan situasi itu, Mohd Adree, 37, berkata mengusung keranda dengan laluan berbukit hampir satu kilometer itu, adalah pengalaman pertama dirinya serta rakan-rakan sepanjang menguruskan jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19.

“Berjalan kaki dengan berpakaian PPE dengan laluan berbukit menyukarkan perjalanan kami, dalam keadaan cuaca yang panas itu juga kami perlu mengawal cara penafasan, untuk mengelakkan badan terlalu penat ketika mengusung keranda dan mayat itu.

“Jadi kami perlu berhenti untuk berehat seketika, sebelum meneruskan perjalanan ke tempat pengebumian mayat itu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mohd Adree turut berkongsi pengalamannya itu menerusi Facebook miliknya ‘Aliff Dal Ro YA’ baru-baru ini, mendapat perhatian daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat kepada pasukan petugas kesihatan, selain menerima ucapan ‘terima kasih Frontliner’.

Beliau berkata, sama seperti prosedur operasi standard (SOP) pengurusan jenazah Islam, petugas perlu mematuhi arahan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), bagi mencegah penularan COVID-19.

Mohd Adree berkata selepas selesai pengebumian mayat itu, mereka akan disanitasi serta perlu membersihkan diri, sebelum masing-masing pulang ke rumah.

Beliau berkata sebagai seorang petugas yang menguruskan jenazah COVID-19 untuk tempoh lebih setahun ini, beliau dan rakan-rakannya tidak pernah menganggap ia adalah bebanan, sebaliknya amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab.

“Kami bersedia setiap masa apabila dipanggil menguruskan jenazah COVID-19, jadi kesihatan diri, kecergasan fizikal dan mental memainkan peranan penting, kerana kami tidak boleh jangka bagaimana situasi dalam menguruskan sesuatu jenazah,” katanya.

— BERNAMA

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021