33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

Amal Kesederhanaan Dan Berpegang Pada Kepercayaan Masing-Masing – @NajibRazak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bersalaman dengan anggota Inter-Church Committee dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) ketika menghadiri majlis makan tengahari anjuran persatuan itu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bersalaman dengan anggota Inter-Church Committee dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) ketika menghadiri majlis makan tengahari anjuran persatuan itu

SANDAKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat mengamalkan kesederhanaan dan pada masa yang sama berpegang kepada kepercayaan masing-masing.

Beliau berkata perbezaan kaum dan agama bukan merupakan sebab masyarakat berpecah-belah tetapi berpunca daripada kalangan mereka yang terlalu taksub dengan amalan mereka.

“Kita ada ekstremis Islam dan kita juga ada ekstremis Kristian, tetapi masalahnya bukan berpunca daripada agama. “Walaupun kita mempunyai perbezaan dalam pegangan agama kita, agama kita berkongsi nilai-nilai baik yang membolehkan kita hidup bersama sebagai rakyat Malaysia. “Saya percaya jika anda seorang Islam yang baik, anda akan disukai oleh orang bukan Islam. Begitu juga dengan penganut agama Kristian. Jika anda penganut Kristian yang baik, anda juga akan disukai oleh bukan penganut Kristian,” katanya pada majlis makan tengah dengan Jawatankuasa Gereja-Inter Sandakan di sini, Ahad. Najib menjelaskan sebab beliau mengilhamkan konsep 1Malaysia ialah untuk menyediakan asas bagi toleransi yang akan membawa kepada penerimaan dan peluang untuk rakyat meraikan perayaan berbeza.

“Apabila kita dapat meraikan perayaan kaum lain, ini bermakna kita dapat menerima kepelbagaian cara hidup di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur majlis itu, Charles O. Pang, berkata sambutan Krismas peringkat kebangsaan, diperkenalkan pada 2008, merupakan platform baik untuk menggalakkan persefahaman bersama di kalangan rakyat berbilang kaum dan kebudayaan.

“Sesetengah orang tidak percaya, sebuah negara berbilang kaum dan kebudayaan seperti Malaysia boleh kekal bersatu dan bertamadun, dan mereka mahu menghalang kejayaan kita.

“Apabila kita bersama-sama menyambut perayaan seperti Krismas, kita sebenarnya menghantar mesej kepada mereka, mengenai betapa utuhnya kita untuk kekal bersatu,” katanya.

Sementara itu, wakil jawatankuasa itu, Pastor Antonio Pang, mengucapkan terima kasih kepada Najib dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman atas sokongan mereka terhadap kebebasan beragama di Malaysia, tidak terkecuali di Sandakan. –






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan