27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

AMALAN LAZIM PERLANTIKAN SUK

Constitution vis-a-vis Constitutional Convention

Setpol pun pakai baju istiadat?
Setpol pun pakai baju istiadat?

Bagi yang belajar undang-undang Perlembagaan pastinya familiar dengan apa yang dipanggil sebagai amalan lazim atau Constitutional Convention. Adakalanya sesuatu itu tidak dinyatakan secara bertulis dalam Perlembagaan terutamanya perkara-perkara yang detail. Kalau Perlembagaan itu ditulis secara detail, perlembagaan itu akan menjadi satu dokumen yang amat tebal.

Kini telah timbul mengenai perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri seperti di Negeri Selangor menyatakan bahawa perlantikan itu adalah dibawah bidangkuasa Pesuruhjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia yang hanya memerlukan pekenan dari DYMM Sultan. SPA adalah diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Selangor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan adalah asalnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutuan (Federated Malay States) dan telah termaktub bahawa jawatan-jawatan SUK, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri adalah dilantik oleh SPA atas pekenan DYMM Sultan. Ketiga-tiga pegawai kanan ini adalah juga merupakan Ex-officio members of the Executive Councillors (EXCO) Kerajaan Negeri. Mereka mengangkat sumpah jawatan di hadapan DYMM Sultan. Pada lazimnya pula, mereka mengangkat sumpah kerahsiaan sebagai ahli EXCO di hadapan YAB Menteri Besar sebelum hadir menjalankan tugas sebagai ahli EXCO.

Apabila kita menyebut perkataan “lazimnya” seperti yang disebut diatas, itulah contoh yang paling mudah untuk memahami apa ertinya perkataan Constitutional Convention atau Amalan Lazim atau ada juga diistilahkan sebagai Konvensyen Perlembagaan. Constitutional Convention ini adalah berakar umbi dari amalan kerajaan Westminster British.

Adakah ianya juga amalan lazim bagi perlantikan 3 pegawai kanan kerajaan Negeri dirujuk juga kepada Menteri Besar? Kita perlu terima bahawa itu adalah amalan lazimnya. Menteri Besar selalunya dirujuk serta dimaklumkan mengenai perlantikan atau cadangan perlantikan mereka. Ini adalah perlu kerana pekenan DYMM itu mesti juga diatas nasihat YAB Menteri Besar. DYMM Sultan adalah menjalankan pemerintahannya diatas nasihat Menteri Besar. Perkara ini juga termaktub didalam Undang-undang Tubuh Negeri kecuali beberapa perkara yang dinyatakan dengan jelas bahawa DYMM Sultan mempunyai budibicara mutlak.

Terdapat juga apa yang disebut sebagai Parliamentary Convention yang mana selalu dirujuk apabila menyelesaikan sesuatu perkara yang berkaitan perjalanan parlimen yang tidak termaktub secara jelas dalam mana-mana peraturan atau undang-undang yang tersedia.

Atas hujah yang dikemukakan, saya dapati apa yang berlaku di Selangor tidaklah salah disegi peruntukan Perlembagaannya, tetapi nampaknya amalan lazim yang selama ini terpakai dan digunakan sudah tidak lagi diikuti. Atas hal yang demikian, akan berlakulah keadaan dimana Menteri Besar terpaksa berhadapan dengan ahli EXCO yang tidak disukainya.

Namun demikian, kalau bantahan yang dibuat oleh Menteri Besar itu hanya berdasarkan tanggapan bahawa SUK yang dilantik itu adalah seorang yang tidak sehaluan politik dengan beliau, bantahan Menteri Besar itu adalah tidak berasas kerana selaku SUK, beliau tidak seharusnya ada inclination politik dalam menjalankan tugas. Pegawai kerajaan adalah seharusnya bersikap professional dalam menjalankan tugas. Ketegasan dan integrity menjalankan tugas adakalanya terpaksa membantah kehendak atau keputusan Menteri Besar yang tidak menepati undang-undang yang berkuatkuasa. Mereka sepatutnya menjalankan tugas atas prinsip “Without fear or favour”

Perlu juga diingat bahawa pegawai kerajaan tidak dipilih melalui peti undi Pilihanraya. Menteri Besar boleh bertukar ganti atas keputusan pilihanraya, tetapi tidak pegawai kerajaan.

Facebook Tok Sham

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Warisan kalah tetapi Shafie mungkin angkat sumpah sebagai KM esok

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan